YBhg. Datuk/Dato’/Datin/YBrs. Dr./Tuan/Puan,
IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) DI BAHAGIAN PROFESIONALISME GURU (BPG), KEMENTERIAN PENDIDIKAN
Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa terdapat kekosongan jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di Bahagian Profesionalisme Guru (BPG), KPM seperti berikut:
|
Bil. |
Jawatan |
Gred |
Jumlah Kekosongan |
|
1. |
Penolong Pengarah Unit Pendaftaran dan Pensijilan Guru Sektor Standard Keguruan Bahagian Profesionalisme Guru |
DG10/DG12 |
2 |
|
2. |
Penolong Pengarah Unit Pematuhan Standard Guru Sektor Pematuhan Standard dan Sokongan Profesionalisme Bahagian Profesionalisme Guru |
DG10/DG12 |
2 |
3. Sehubungan dengan itu, Bahagian ini mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang berminat dan berkelayakan di bawah pentadbiran pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan bagi mengemukakan permohonan untuk disaring dan ditemuduga sebelum dilantik mengisi kekosongan jawatan tersebut. Bersama-sama ini disertakan maklumat terperinci mengenai kekosongan jawatan berkaitan.
3.1 Iklan Kekosongan jawatan seperti di Lampiran A; dan
3.2 Borang Permohonan seperti di Lampiran B.
4. Diharapkan pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/YBrs. Dr./Tuan/Puan dapat menghebahkan pelawaan ini kepada semua pegawai yang berkelayakan di bawah pentadbiran YBhg. Datuk/Dato’/Datin/YBrs. Dr./Tuan/Puan. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan dan diterima sebelum atau pada 29 Ogos 2025 (Jumaat) ke alamat berikut:
Pengarah
Bahagian Profesionalisme Guru
Kementerian Pendidikan
Aras 3-6, Blok E13, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
(u.p.: Unit Perjawatan, Perkhidmatan dan Pentadbiran,
Sektor Khidmat Pengurusan)
5. Sekiranya pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/YBrs. Dr./Tuan/Puan mempunyai sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/YBrs. Dr./Tuan/Puan boleh menghubungi pegawai di bawah:
5.1 Encik Amierul Ikhwan bin Arifuddin - 03-8884 1097
5.2 Cik Siti Salmiah binti Sapein - 03-8884 1239
6. Perhatian dan kerjasama pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/YBrs. Dr./Tuan/Puan berikan amat dihargai dan saya dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Hits : 6375