Borang permohonan penubuhan boleh didapati di JPN dan BPSwasta, KPM.
Pemohon dimiliki oleh syarikat berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965 atau Akta Perniagaan 1956 atau organisasi yang didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966.
Syarat-syarat lain yang ditetapkan pada borang permohonan penubuhan (BPS01).
Apakah syarat-syarat pendaftaran IPS?
Mengemukakan borang permohonan pendaftaran yang boleh didapati dari JPN negeri masing-masing.
Premis perlu mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Pejabat Kesihatan.
Mengemukakan nama pengelola, guru dan pekerja institusi pendidikan.
Memenuhi kelulusan kursus/matapelajaran, bilik darjah, bilik khas dan makmal lain yang ditetapkan.
Membayar yuran pendaftaran yang ditetapkan.
Serta syarat lain pada borang permohonan pendaftaran.
Bagaimana hendak mengetahui sesebuah tadika berdaftar di sesebuah kawasan?
Carian tadika melalui Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK) di laman https://smpk.moe.gov.my/
Papan tanda di hadapan premis tadika berdaftar.
Bolehkah murid dari sekolah swasta/antarabangsa berpindah ke sekolah kerajaan?
Ya, boleh. Boleh memohon berpindah ke sekolah kerajaan selepas mendapat kelulusan dari JPN negeri berkenaan. Namun syarat kohort umur kemasukan murid ke sekolah kerajaan adalah terpakai.