Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera
YBrs.Dr./ Tuan/ Puan,
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan PERMATA Malaysia yang dikelola oleh Bahagian PERMATA, Kementerian Pendidikan ingin mempelawa YBrs.Dr./Tuan/Puan yang berminat untuk mengisi kekosongan jawatan secara kontrak seperti maklumat berikut:
|
Bil. |
Bahagian |
Jawatan/Gred |
Bilangan Kekosongan |
|
1. |
Yayasan PERMATA Malaysia |
Ketua Pegawai Eksekutif (setara Gred 14) |
1 |
|
2. |
Yayasan PERMATA Malaysia |
Pengarah Kewangan (setara Gred 12) |
1 |
|
3. |
Yayasan PERMATA Malaysia |
Pengarah Operasi (setara Gred 12) |
1 |
3. Bersama-sama ini disertakan maklumat terperinci mengenai kekosongan jawatan berkaitan:
i. Iklan kekosongan jawatan seperti di Lampiran A;
ii. Borang permohonan seperti di Lampiran B; dan
iii. Poster iklan jawatan kosong
3. Adalah diharapkan agar pihak YBrs.Dr./ Tuan/ Puan dapat menghebahkan pelawaan ini kepada semua pegawai yang berkelayakan di bawah pentadbiran pihak YBrs.Dr./ Tuan/ Puan. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan sebelum atau pada 31 Disember 2025 melalui pautan di e-mel rasmi yayasanpermatamalaysia@gmail.com
4. Segala perhatian dan kerjasama YBrs.Dr./ Tuan/ Puan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
.
Hits : 999