Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Iklan Kekosongan Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Di Bahagian Profesionalisme Guru (BPG), Kementerian Pendidikan

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Datuk/Dato’/Datin/YBrs. Dr./Tuan/Puan,

 

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) DI BAHAGIAN PROFESIONALISME GURU (BPG), KEMENTERIAN PENDIDIKAN

 

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

 

2.       Sukacita dimaklumkan bahawa terdapat kekosongan jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di Bahagian Profesionalisme Guru (BPG), KPM seperti berikut:

Bil.

Jawatan

Gred

Jumlah Kekosongan

1.

Penolong Pengarah

Unit Pendaftaran dan Pensijilan Guru

Sektor Standard Keguruan

Bahagian Profesionalisme Guru

DG10/DG12

2

2.

Penolong Pengarah

Unit Pematuhan Standard Guru

Sektor Pematuhan Standard dan Sokongan Profesionalisme

Bahagian Profesionalisme Guru

DG10/DG12

2

 

3.       Sehubungan dengan itu, Bahagian ini mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang berminat dan berkelayakan di bawah pentadbiran pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan bagi mengemukakan permohonan untuk disaring dan ditemuduga sebelum dilantik mengisi kekosongan jawatan tersebut. Bersama-sama ini disertakan maklumat terperinci mengenai kekosongan jawatan berkaitan.

           

            3.1       Iklan Kekosongan jawatan seperti di Lampiran A; dan

            3.2       Borang Permohonan seperti di Lampiran B.

 

4.       Diharapkan pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/YBrs. Dr./Tuan/Puan dapat menghebahkan pelawaan ini kepada semua pegawai yang berkelayakan di bawah pentadbiran YBhg. Datuk/Dato’/Datin/YBrs. Dr./Tuan/Puan. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan dan diterima sebelum atau pada 29 Ogos 2025 (Jumaat) ke alamat berikut:

                      

                  Pengarah

                  Bahagian Profesionalisme Guru

                  Kementerian Pendidikan 

                  Aras 3-6, Blok E13, Kompleks E

                  Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

                  62604 Putrajaya

                  (u.p.: Unit Perjawatan, Perkhidmatan dan Pentadbiran,

                   Sektor Khidmat Pengurusan)

                                                                                        

5.       Sekiranya pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/YBrs. Dr./Tuan/Puan mempunyai sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/YBrs. Dr./Tuan/Puan boleh menghubungi pegawai di bawah:

 

5.1         Encik Amierul Ikhwan bin Arifuddin     -         03-8884 1097

5.2         Cik Siti Salmiah binti Sapein               -         03-8884 1239

 

6.       Perhatian dan kerjasama pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/YBrs. Dr./Tuan/Puan berikan amat dihargai dan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian.

 

Muat Turun Lampiran A

Muat Turun Lampiran B

Hits : 6373