Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Iklan Kekosongan Jawatan Kosong Di Yayasan PERMATA Malaysia (YPM)

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera

 

YBrs.Dr./ Tuan/ Puan, 

 

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

 

2.        Sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan PERMATA Malaysia yang dikelola oleh Bahagian PERMATA, Kementerian Pendidikan ingin mempelawa YBrs.Dr./Tuan/Puan yang berminat untuk mengisi kekosongan jawatan secara kontrak seperti maklumat berikut:

 

Bil.

Bahagian

Jawatan/Gred

Bilangan Kekosongan

1.

Yayasan PERMATA Malaysia

Ketua Pegawai Eksekutif (setara Gred 14)

1

2.

Yayasan PERMATA Malaysia

Pengarah Kewangan (setara Gred 12)

1

3.

Yayasan PERMATA Malaysia

Pengarah Operasi (setara Gred 12)

1

3.       Bersama-sama ini disertakan maklumat terperinci mengenai kekosongan jawatan berkaitan:

       i.           Iklan kekosongan jawatan seperti di Lampiran A

       ii.          Borang permohonan seperti di Lampiran B; dan

       iii.         Poster iklan jawatan kosong

 

3.        Adalah diharapkan agar pihak YBrs.Dr./ Tuan/ Puan dapat menghebahkan pelawaan ini kepada semua pegawai yang berkelayakan di bawah pentadbiran pihak YBrs.Dr./ Tuan/ Puan. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan sebelum atau pada 31 Disember 2025 melalui pautan di e-mel rasmi yayasanpermatamalaysia@gmail.com

 

4.       Segala perhatian dan kerjasama YBrs.Dr./ Tuan/ Puan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

.

Muat Turun Lampiran A

Muat Turun Lampiran B

Muat Turun Poster Iklan

Hits : 948