Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Jemputan Menghadiri Southeast Asian School Leadership Program Online Cycle 6 Secara Dalam Talian Anjuran SEAMEO INNOTECH

YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Dr./Tuan/Puan,

 

HEBAHAN BAGI JEMPUTAN MENGHADIRI SOUTHEAST ASIAN SCHOOL LEADERSHIP PROGRAM ONLINE CYCLE 6 SECARA DALAM TALIAN ANJURAN SEAMEO INNOTECH

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

2.         Untuk makluman, SEAMEO INNOTECH telah mengemukakan jemputan bagi penyertaan The Southeast Asian School Leadership Program (SEA-SLP) Cycle 6. Program secara dalam talian ini menyasarkan penyertaan dalam kalangan pentadbir sekolah dengan pengalaman sekurang-kurangnya lima (5) tahun.

 

3.         Sehubungan dengan itu, pentadbir sekolah yang memenuhi syarat boleh mendaftar melalui pautan bit.ly/SEA-SLP-OC6-Reg  sebelum atau pada 25 Mac 2025 (Selasa). Bersama-sama ini disertakan sesalinan maklumat program untuk perhatian dan tindakan selanjutnya. Sebarang pertanyaan lanjut, peserta yang berminat boleh menghubungi Puan Zairila binti Zainal melalui talian 03 88847245 atau e-mel zairila@moe.gov.my.

 

Sekian, terima kasih.

 

Muat Turun Lampiran

Hits : 2085