Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Iklan Kekosongan Jawatan Timbalan Pengarah Latihan dan Penyelidikan di SEAMEO RECSAM Pulau Pinang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


YBhg. Datuk/Dato’ /Datin/Dr./Tuan/Puan,


IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN TIMBALAN PENGARAH (LATIHAN DAN PENYELIDIKAN) GRED RS2 DI SOUTHEAST ASIAN MINISTERS OF EDUCATION
ORGANIZATION REGIONAL CENTRE FOR EDUCATION IN SCIENCE AND MATHEMATICS (SEAMEO RECSAM), PULAU PINANG


Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada perkara di atas.


2.        Sukacita dimaklumkan bahawa SEAMEO RECSAM, iaitu Pusat Serantau Asia Tenggara bagi Pendidikan Sains dan Matematik di bawah naungan Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) yang berpusat di Pulau Pinang, mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang berminat dan berkelayakan untuk memohon
jawatan Timbalan Pengarah (Latihan dan Penyelidikan) Gred RS2 secara peminjaman.


3.        PPP yang berkelayakan dan memenuhi syarat permohonan yang ditetapkan boleh mengemukakan borang permohonan yang lengkap kepada SEAMEO RECSAM. Calon-calon yang berminat boleh merujuk kepada:


               3.1 Lampiran A – Iklan kekosongan jawatan dan syarat-syarat kelayakan
               3.2 Lampiran B – Bidang tugas
               3.3 Lampiran C – Borang permohonan jawatan


4.        Borang permohonan yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar ke alamat berikut sebelum atau pada 25 Oktober 2025:


              Pengarah
              SEAMEO RECSAM
              Jalan Sultan Azlan Shah
              11700 Gelugor
              Pulau Pinang


5.        Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan En. Mohamad Hilal bin Zulkifli,Pengurus Sumber Manusia dan Operasi, di talian 04-652 2708 atau emel hilal@recsam.edu.my.
 

Sekian, terima kasih.

Muat Turun Lampiran A

Muat Turun Lampiran B

Muat Turun Lampiran C

Hits : 869