YBrs. Dr/ Tuan/ Puan,
IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PENOLONG PENGARAH GRED DG10/DG12 KHAS UNTUK JAWATAN (KUJ) DI BAHAGIAN MATRIKULASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN (KPM)
Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Matrikulasi ingin mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:
|
Bil. |
Unit |
Kekosongan |
|
1. |
Unit Pengurusan Pengendalian Peperiksaan Sektor Pengurusan Peperiksaan dan Teknologi Maklumat |
1 |
|
2. |
Unit Pengurusan Data Peperiksaan Sektor Pengurusan Peperiksaan dan Teknologi Maklumat |
1 |
3. Sehubungan dengan itu, bahagian ini mempelawa PPP yang berminat dan berkelayakan mengemukakan permohonan untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut. Permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan ke Bahagian ini sebelum atau pada 16 Mei 2025 (Jumaat) ke alamat seperti di bawah. Diingatkan bahawa hanya calon yang telah disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil temu duga.
Alamat: Pengarah
Bahagian Matrikulasi
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 6 & 7, Blok E15, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA
(u.p.: Unit Perkhidmatan, Saraan dan Perjawatan)
4. Perhatian dan kerjasama YBrs. Dr/ Tuan/ dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Hits : 4206