Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Iklan Kekosongan Jawatan Penolong Pengarah Gred DG10/DG12 Khas Untuk Jawatan (KUJ) Di BPLTV KPM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

 

YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan,

 

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PENOLONG PENGARAH GRED DG10/DG12 KHAS UNTUK JAWATAN (KUJ) DI BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL, KEMENTERIAN PENDIDIKAN 

 

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

 

2.     Sukacita dimaklumkan bahawa, Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional, Kementerian Pendidikan ingin mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dari Jabatan/ Bahagian YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan yang berminat untuk mengisi kekosongan jawatan Penolong Pengarah Gred DG10/12(KUJ) di Bahagian ini seperti maklumat berikut:

 

Bil.

Unit

Bilangan kekosongan

1.

Unit Pengurusan Institusi TVET

1

2.

Unit Pembangunan Kurikulum Vokasional

1

3.

Pusat Penyenggaraan Alat (Kemaman)

1

 

3.    Pegawai-pegawai yang berkelayakan dan memenuhi syarat permohonan yang ditetapkan boleh mengemukakan borang  permohonan yang lengkap ke BPLTV dan hanya calon yang telah disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil temu duga. 

 

4.     Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan sebelum atau pada 8 Ogos 2025 (Jumaat) ke alamat seperti di bawah.

 

Pengarah

Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional

Kementerian Pendidikan 

Aras 5 & 6, Blok E14, Kompleks E

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62604 Putrajaya

            (u.p.: Unit Pengurusan Institusi TVET)

 

Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ tuan/ puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian.

 

Muat Turun Lampiran

Hits : 2958