Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Iklan Kekosongan Jawatan Penolong Pengarah Gred DG10/DG12 Khas Untuk Jawatan di BPSBP KPM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan,
 
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

 

2.   Sukacitanya dimaklumkan bahawa terdapat kekosongan jawatan Penolong Pengarah Gred DG10/DG12 Khas Untuk Jawatan (KUJ) di Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh (BPSBP), Kementerian Pendidikan.

 

 

3.   Seubungan dengan itu, Bahagian ini mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang berminat dan berkelayakan di bawah pentadbiran YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan mengemukakan permohonan untuk disaring dan temu duga bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut. Bersama-sama ini disertakan

 

               3.1               lklan kekosongan jawatan seperti di Lampiran A; dan

                3.2               Borang permohonan seperti di Lampiran B.

 

 4.   Pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan diharap dapat menghebahkan pelawaan ini kepada semua pegawai yang berkelayakan di bawah pentadbiran YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan. Sebarang permohonan yang lengkap boleh dikemukakan pada atau sebelum 27 Februari 2026 (Jumaat) ke alamat berikut:

 

Pengarah

Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh Aras 3, Blok 2251, Jalan Usahawan 1

63000 Cyberjaya, Selangor

(u.p.: Unit Pembangunan Profesionalisme SBP)

atau melalui alamat e-mel ke Alamat: fazly.mustapha@moe.sov.my atau hafiz.ahmad@moe.oov.my

 

 5.   Sekiranya pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ tuan/ puan mempunyai sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh menghubungi pegawai-pegawai yang berikut:

 

i. Encik Mohd Fazly bin Mustapha (fazIy.mustapha@moe.qov.mv.) (03-8321 7433)

ii. Encik Muhammad Hafiz bin Ahmad Hanit (hafiz.ahmadtOmoe.pov.mv) (03-8321 7454)

 

Kerjasama pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ tuan/ puan dalam perkara ini amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

 

Sekian.

.

 

Muat Turun Lampiran

Hits : 306