Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan,
IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PENOLONG PENGARAH GRED DG10/12 (KUP) DI BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM (BPI), KEMENTERIAN PENDIDIKAN
Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.
2. Dimaklumkan bahawa Bahagian Pendidikan Islam (BPI) mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang berkelayakan serta memenuhi syarat untuk memohon kekosongan jawatan Penolong Pengarah Gred DG10/12(KUP) di BPI.
3. Hanya permohonan yang lengkap akan diproses dan calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil menghadiri temu duga. Calon yang berminat boleh merujuk kepada iklan kekosongan jawatan serta borang permohonan yang dilampirkan.
4. Bersama-sama ini dilampirkan dokumen dan borang iklan kekosongan jawatan seperti di atas serta boleh juga diakses menerusi pautan berikut: https://bit.ly/JawatanBPI-Okt2026 .
5. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke Unit Perkhidmatan, Bahagian Pendidikan Islam selewat-lewatnya pada 10 November 2026 (Selasa) di alamat berikut:
Pengarah
Bahagian Pendidikan Islam
Kementerian Pendidikan
Aras Bawah & Dua, Blok 2251
Jalan Usahawan 1, Bangunan Mustapha Kamal
63000 Cyberjaya, Selangor
(u.p.: Unit Perkhidmatan)
Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ YBrs. Dr./ tuan/ puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Hits : 50