Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Iklan Kekosongan Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Di Bahagian Pendidikan Khas (BPKhas), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
 
YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan,
 
IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) DI BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS (BPKHAS), KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
 
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
 
2.     Sukacita dimaklumkan bahawa terdapat kekosongan jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), di Bahagian Pendidikan Khas, KPM seperti maklumat berikut:
 
Bil.  Jawatan Gred
i. Penolong Pengarah DG44/DG48
 
            
3.    Sehubungan dengan itu, Bahagian ini mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang berminat dan berkelayakan di bawah pentadbiran pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ tuan/ puan bagi mengemukakan permohonan untuk tapisan dan ditemu duga sebelum dilantik mengisi kekosongan jawatan tersebut. Bersama-sama ini disertakan maklumat terperinci mengenai kekosongan jawatan berkaitan.
 
        3.1       Iklan kekosongan jawatan seperti di Lampiran A; dan
        3.2       Borang permohonan seperti di Lampiran B.
 
4.     Diharapkan pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./tuan/puan dapat menghebahkan pelawaan ini kepada semua pegawai yang berkelayakan di bawah pentadbiran YBhg. Datuk/Dato’/ Datin/Dr./tuan/puan. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan dan diterima sebelum atau pada 31 Ogos 2023 (Khamis) ke alamat berikut:
 
Bahagian Pendidikan Khas
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 2, Blok E2, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
(u.p.: Unit Perkhidmatan)
 
atau melalui e-mel ke alamat:
 
5.    Sekiranya pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./tuan/puan mempunyai sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./tuan/puan boleh menghubungi pegawai-pegawai berikut:
 
 i.        Puan Nur Liyana binti Hashim (liyana.hashim@moe.gov.my) (03-8884 9183)
 ii.       Puan Puteri Zarena binti Ahmad (puterizarena@moe.gov.my) (03-8883 0633)
iii.      Puan Shazamira binti Zakaria (shazamira@moe.gov.my) (03-8883 0705)
 
6.     Perhatian dan kerjasama pihak YBhg.Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ tuan/ puan berikan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian.

Muat Turun Lampiran

 

Hits : 198