Pengarah
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4-8 Blok E9
Kompleks Kerajaan Parcel E
62604 Wilayah Persekutuan Putrajaya
(u.p.: Urus Setia Anugerah Tokoh Bahasa Melayu Sektor Pendidikan)
Pengajaran dalam disiplin ilmu dengan menggunakan bahasa Melayu pada peringkat pengajian sarjana muda, diploma, sijil, sekolah menengah dan sekolah rendah.
Penyelidikan/ inovasi pendidikan dalam bahasa Melayu yang berdampak tinggi sama ada dalam bentuk inovasi organisasi, inovasi pemasaran, inovasi produk atau inovasi proses.
Penerbitan dalam bentuk bahan-bahan berwasit dan pembentangan kertas kerja yang berdampak tinggi dalam bahasa Melayu.
Hasil penyeliaan tesis/ praktikum dalam bahasa Melayu bagi pelajar pada peringkat pengajian, sarjana muda, diploma, sijil, sekolah menengah dan sekolah rendah.
Tugasan bimbingan dalam bahasa Melayu meliputi aktiviti akademik dan kokurikulum.
Khidmat ikhtisas yang berdasarkan bidang kepakaran dan khidmat masyarakat di luar bidang tugas.
Penghasilan Modul PdP dalam bahasa Melayu yang diperakukan oleh ketua jabatan/ ketua bahagian institusi masing-masing.
Anugerah dan sanjungan berasaskan sumbangan dalam memartabatkan bahasa Melayu yang diterima pada peringkat institusi, kebangsaan atau antarabangsa, termasuk penyampai ucaptama, penceramah undangan, panel pakar rujuk, lembaga pengarang jurnal, projek akhir, penilai program akademik, penilai kenaikan pangkat, penilai sekepakaran, pengacaraan dan penampilan dalam media.
Khidmat perundingan dalam bahasa Melayu yang disumbangkan kepada mana-mana pihak yang membawa dampak kepada organisasi.
Jawatan pentadbiran yang disandang pada peringkat institusi seperti Pengarah, Timbalan Pengarah, Ketua Jabatan, Pengetua, Guru Besar, Penolong Kanan, Ketua Bidang, Guru Kanan, Ketua Panitia dan lain-lain.
Perkhidmatan cemerlang yang dianugerahkan secara tahunan (APC/ PPC).