Pengarah
Bahagian Kurikulum
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4 Galeria Pjh, Jalan P4w
Persiaran Perdana, Presint 4
62100 Wilayah Persekutuan Putrajaya
(u.p.: Urus Setia Anugerah Tokoh Bahasa Melayu Sektor Teknikal)
Pengajaran dalam disiplin ilmu dengan menggunakan bahasa Melayu di peringkat pengajian sarjana muda, diploma dan sijil.
Dokumen/Panduan modul inovasi dalam bahasa Melayu adalah hasil kreativiti dan inovasi yang berdampak tinggi sama ada dalam bentuk inovasi organisasi, inovasi pemasaran, inovasi produk atau inovasi proses.
Penerbitan dalam bentuk bahan-bahan berwasit dan pembentangan kertas kerja yang berdampak tinggi dalam bahasa Melayu.
Penyeliaan laporan projek akhir atau laporan latihan industri dalam bahasa Melayu (sebagai penyelia utama) bagi pelajar pada peringkat pengajian, sarjana muda, diploma dan sijil.
Penghasilan Modul PdP bidang teknikal dan vokasional dalam bahasa Melayu yang diperakukan oleh ketua jabatan/ ketua bahagian institusi masing-masing.
Khidmat perundingan dalam bahasa Melayu yang disumbangkan kepada mana-mana pihak yang membawa dampak kepada organisasi.
Khidmat ikhtisas yang berdasarkan bidang kepakaran dan khidmat masyarakat di luar bidang tugas.
Anugerah dan sanjungan berasaskan sumbangan dalam memartabatkan bahasa Melayu yang diterima pada peringkat institusi, kebangsaan atau antarabangsa, termasuk penyampai ucaptama, penceramah undangan, panel pakar rujuk, lembaga pengarang jurnal, projek akhir, penilai program akademik, penilai kenaikan pangkat, penilai sekepakaran dan penampilan dalam media.
Jawatan pentadbiran yang disandang pada peringkat institusi seperti Ketua Jabatan, Timbalan Pengarah, Pengarah, dan lain-lain.
Perkhidmatan cemerlang yang dianugerahkan secara tahunan (APC/ PPC) oleh organisasi (Jabatan/ Bahagian).