PRA PERKHIDMATAN
WARGANEGARA BERKELAYAKAN

Program Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC) Bahasa Arab / Pengajian Islam

KLUSTER PRA PERKHIDMATAN

========================================================================

PROGRAM PENGHANTARAN PELAJAR CEMERLANG (PPC) BAHASA ARAB / PENGAJIAN ISLAM

Pengiktirafan Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) sebagai Kurikulum Kebangsaan untuk dilaksanakan di SABK dan perancangan KPM untuk membuat peluasan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) seluruh Malaysia menyebabkan keperluan guru yang terlatih dan pakar dalam pengajian Bahasa Arab untuk melaksanakan pembelajaran dan pengajaran (P&P) berkesan di sekolah KPM meningkat.

Matlamat:

Pengiktirafan Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) sebagai Kurikulum Kebangsaan untuk dilaksanakan di SABK dan perancangan KPM untuk membuat peluasan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) di seluruh Malaysia memerlukan guru yang terlatih dan pakar dalam pengajian Bahasa Arab untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berkualiti dan berkesan di sekolah KPM.

Kadar Biasiswa/ Pembiayaan/ Bantuan:

  • Setahun: RM 54,717.40
  • Sepanjang Pengajian: RM 242,868.00

Syarat kelayakan:

  • Calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam Aliran Agama yang memperoleh Minimum 7A SPM
  • Lulus INSAK & Temuduga KPM

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Cawangan Pra Perkhidmatan 2
Bahagian Biasiswa & Pembiayaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1, Blok 2251, Jalan Usahawan 1,

63000 Cyberjaya, Selangor.

Tel: 03-8321 7080/ 03-8321 7081/ 03-8321 7131

==============================================================================

Program Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC) Pendidikan Khas

KLUSTER PRA PERKHIDMATAN

========================================================================

PROGRAM PENGHANTARAN PELAJAR CEMERLANG (PPC) PENDIDIKAN KHAS

Program PPC Pendidikan Khas merupakan salah satu usaha untuk membantu melahirkan bakal-bakal pendidik yang berkualiti dalam disiplin ilmu berkaitan pendidikan Khas yang sangat kritikal keperluannya di Malaysia.

Matlamat:

Selaras dengan hasrat Teras 5 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan iaitu Memartabatkan Profesion Keguruan, Program PPC Pendidikan Khas merupakan salah satu usaha untuk membantu melahirkan bakal-bakal pendidik yang berkualiti dalam disiplin ilmu berkaitan pendidikan Khas yang sangat kritikal keperluannya di Malaysia.

Kadar biasiswa:

  • Setahun: RM 163,876.54
  • Sepanjang Pengajian: RM 655,506.18

Syarat kelayakan:

  • Minimum 7A SPM
  • Band 4 Muet
  • Minimum PNGK 3.50
  • IELTS 6.5
  • Lulus INSAK & Temuduga KPM

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Cawangan Pra Perkhidmatan 2
Bahagian Biasiswa & Pembiayaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1, Blok 2251, Jalan Usahawan 1,

63000 Cyberjaya, Selangor.

Tel: 03-8321 7080/ 03-8321 7081/ 03-8321 7131

==============================================================================

Program Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC) Lepasan Matrikulasi

KLUSTER PRA PERKHIDMATAN

========================================================================

PROGRAM PENGHANTARAN PELAJAR CEMERLANG (PPC) LEPASAN MATRIKULASI

Program Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC) adalah tajaan Biasiswa penuh daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada pelajar cemerlang lepasan Matrikulasi yang ingin menyambung pengajian di peringkat Ijazah Pertama di luar negara. Untuk tahun 2019, bidang yang ditawarkan dalam Program PPC lepasan Matrikulasi ialah semua bidang yang termasuk dalam kategori Science, Technology, Engineering & Mathematics (STEM).

Matlamat:

Program ini bertujuan untuk mengisi keperluan pensyarah di kolej-kolej matrikulasi KPM khususnya dalam subjek kritikal seperti Fizik, Kimia, Biologi, Matematik, Sains Komputer dan Kejuruteraan.

Kadar biasiswa:

  • · Setahun: RM 164,767.00
  • · Sepanjang Pengajian: RM 659,068.00

Syarat kelayakan:

  • · Minimum 5A SPM
  • · Band 4 Muet
  • · Minimum PNGK 3.50
  • · IELTS 6.5
  • · Lulus INSAK & Temuduga KPM

Perjanjian Kontrak

Calon-calon yang berjaya ditawarkan penajaan di bawah program ini dan bersetuju untuk ditaja oleh KPM adalah tertakluk kepada terma ikatan kontrak perjanjian KPM. Pelajar perlu berkhidmat dengan Kerajaan di bawah Skim Perkhidmatan Perguruan setelah tamat pengajian. Tempoh ikatan kontrak bersama kerajaan adalah selama lapan (8) tahun. Pelajar yang melanggar kontrak akan dikenakan tindakan penguatkuasaan perjanjian dengan bayaran ganti rugi kos sebenar.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Cawangan Pra Perkhidmatan 2
Bahagian Biasiswa & Pembiayaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1, Blok 2251, Jalan Usahawan 1,

63000 Cyberjaya, Selangor.

Tel: 03-8321 7080/ 03-8321 7081/ 03-8321 7131

============================================================================

Program Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC) Bahasa Mandarin

KLUSTER PRA PERKHIDMATAN

========================================================================

PROGRAM PENGHANTARAN PELAJAR CEMERLANG (PPC) BAHASA MANDARIN

Program PPC Bahasa Mandarin merupakan salah satu usaha untuk membantu melahirkan bakal-bakal pendidik yang berkualiti dalam disiplin ilmu berkaitan Bahasa Mandarin yang sangat kritikal keperluannya di Malaysia.

Matlamat:

Untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Mandarin untuk sekolah-sekolah di Malaysia. Kumpulan sasaran bagi program ini ialah lepasan SPM.

Kadar Biasiswa/ Pembiayaan/ Bantuan:

Yuran – tajaan penuh

RM352,419.59 sepanjang pengajian

Syarat kelayakan:

  • Warganegara Malaysia;
  • Memperoleh sekurang-kurangnya tujuh (7) gred cemerlang dalam SPM;
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada tahun permohonan dibuat;
  • Calon mesti sihat tubuh badan dan aktif dalam kegiatan kokurikulum;
  • Pemohon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak dipanggil temu duga

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Cawangan Pra Perkhidmatan 2
Bahagian Biasiswa & Pembiayaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1, Blok 2251, Jalan Usahawan 1,

63000 Cyberjaya, Selangor.

Tel: 03-8321 7080/03-8321 7085

==============================================================================

Program Berkembar Bahasa Perancis

KLUSTER PRA PERKHIDMATAN

========================================================================

PROGRAM BERKEMBAR BAHASA PERANCIS

Program PPC Bahasa Perancis merupakan salah satu usaha untuk membantu melahirkan bakal-bakal pendidik yang berkualiti dalam disiplin ilmu berkaitan Bahasa Perancis bagi mengalakkan penguasaan bahasa ketiga untuk murid di sekolah-sekolah KPM. Kumpulan sasaran ialah murid lepasan SPM.

Matlamat:

Untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Perancis untuk sekolah-sekolah KPM di Malaysia.

Kadar Biasiswa/ Pembiayaan/ Bantuan:

Yuran: tajaan penuh

RM193,913.97/seorang sepanjang pengajian.

Syarat kelayakan:

  • Warganegara Malaysia
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2019 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1999;
  • Sihat tubuh badan;
  • Aktif dalam kegiatan kokurikulum;
  • Calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memperoleh sekurang-kurangnya tujuh (7) gred cemerlang termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah; dan
  • Calon mesti mempunyai pengetahuan asas bertutur dan menulis Bahasa Perancis serta mempunyai sekurang-kurangnya Sijil Diplomed etudesen langue francaise (DELF A1). Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti dan lulus kursus persediaan selama dua (2) tahun/empat (4) semester di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa KPM.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Cawangan Pra Perkhidmatan 2
Bahagian Biasiswa & Pembiayaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1, Blok 2251, Jalan Usahawan 1,

63000 Cyberjaya, Selangor.

Tel: 03-8321 7080/03-8321 7085

==============================================================================

Program Diploma Pasca Siswazah Pendidikan Bahasa Jepun

KLUSTER PRA PERKHIDMATAN

========================================================================

PROGRAM DIPLOMA PASCA SISWAZAH PENDIDIKAN BAHASA JEPUN

Keutamaan kepada pelajar yang bergraduasi dalam sebarang bidang dari universiti di negara Jepun. Pemohon dikehendaki mengikuti Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) selama 1 ½ tahun / 3 semester) di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh KPM.

Matlamat:

Untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah (Mod Sepenuh Masa/ Kursus Dalam Cuti).

Kadar Biasiswa/ Pembiayaan/ Bantuan:

Elaun Sara Hidup RM1,336.71 sebulan

Syarat kelayakan:

  • Warganegara Malaysia;
  • Sihat fizikal dan mental;
  • Aktif kokurikulum;
  • Umur tidak melebihi 35 tahun pada 30 Jun 2019;
  • Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya yang diiktiraf oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA);
  • Memperoleh CGPA 2.50 dan ke atas atau memiliki pengalaman bekerja sekurang-kurangnya lima tahun dalam bidang berkaitan;
  • Memiliki kecekapan minima Bahasa Jepun (N2) dalam Japanese Language Proficiency Test (JLPT); dan
  • Memiliki kepujian Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan;
  • Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda dari Universiti di Negara Jepun/tempatan yang diiktiraf oleh Malaysia Qualifications Agency (MQA); dan
  • Pemohon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda daripada institusi tempatan dan luar negara perlu mendapatkan surat pengiktirafan ijazah daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), KPM

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Cawangan Pra Perkhidmatan 2
Bahagian Biasiswa & Pembiayaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1, Blok 2251, Jalan Usahawan 1,

63000 Cyberjaya, Selangor.

Tel: 03-8321 7080/03-8321 7085

==============================================================================

Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan

KLUSTER PRA PERKHIDMATAN

========================================================================

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN

Program ini dikhususkan untuk pelajar tahun pertama jurusan pendidikan di Universiti Awam yang menepati bidang yang diunjurkan oleh KPM. Program pengajian yang ditawarkan adalah bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan dan menyediakan pengalaman bagi membolehkan bakal guru mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas yang berkaitan dengan profesion perguruan. Program ini ditawarkan di kampus-kampus Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara.

Matlamat:

Menyediakan pegawai-pegawai yang berkelayakan dan berkebolehan untuk dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di bawah KPM berdasarkan unjuran keperluan bidang oleh KPM.

Kadar biasiswa/ Pembiayaan/ Bantuan:

RM10,350.00 setahun

Syarat kelayakan:

  • Warganegara Malaysia
  • 2.Umur tidak melebihi 25 tahun pada 1 Januari tahun permohonan
  • 3.PNGK 3.5 dan ke atas
  • 4.Memiliki sijil penuh bagi Sijil Pelajaran Malaysia untuk lantikan ke perkhidmatan awam
  • 5.Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat akan dipanggil menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dan temu duga
  • 6.Pegawai Perkhidmatan Pendidikan tidak layak memohon
  • 7.Calon yang berjaya ditawarkan Biasiswa KPM perlu melepaskan tajaan sedia ada

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Cawangan Pra Perkhidmatan 2
Bahagian Biasiswa & Pembiayaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1, Blok 2251, Jalan Usahawan 1,

63000 Cyberjaya, Selangor.

Tel: 03-8321 7080/ 03-8321 7082/ 03-8321 7126

============================================================================

Skim Latihan Tenaga Kepakaran Pendidikan Khas

KLUSTER PRA PERKHIDMATAN

========================================================================

SKIM LATIHAN TENAGA KEPAKARAN PENDIDIKAN KHAS

KPM menawarkan Biasiswa di bawah Skim Latihan Tenaga Kepakaran Pendidikan Khas khususnya kepada pelajar tahun pertama di Universiti Awam yang mengambil bidang Pendidikan Khas seperti Audiologi, Fisioterapi, Terapi Cara Kerja, Terapi Cara Pertuturan dan Psikologi. Calon yang berjaya mengikuti program ini akan berkhidmat dengan KPM sebagai terapis di Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas.

Matlamat:

Menyediakan pegawai berkelayakan dan berkebolehan untuk dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) KPM untuk ditempatkan dan berkhidmat di Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK) di seluruh negara berdasarkan unjuran keperluan bidang oleh Bahagian Pendidikan Khas, KPM.

Kadar Biasiswa/ Pembiayaan/ Bantuan:

RM10,670.00 setahun

Syarat kelayakan:

  • Warganegara Malaysia
  • Umur tidak melebihi 25 tahun pada 1 Januari tahun permohonan
  • PNGK 3.0 dan ke atas
  • Memiliki sijil penuh bagi Sijil Pelajaran Malaysia untuk lantikan ke perkhidmatan awam
  • Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat akan dipanggil menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dan temu duga
  • Pegawai Perkhidmatan Pendidikan tidak layak memohon
  • alon yang berjaya ditawarkan Biasiswa KPM perlu melepaskan tajaan sedia ada

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Cawangan Pra Perkhidmatan 2
Bahagian Biasiswa & Pembiayaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1, Blok 2251, Jalan Usahawan 1,

63000 Cyberjaya, Selangor.

Tel: 03-8321 7080/ 03-8321 7082/ 03-8321 7126

==============================================================================

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 03 Disember 2023, 12:22.