PENGENALAN

Anugerah Khas YB Menteri Pendidikan Malaysia:
Rekabentuk Kurikulum Dan Penyampaian Inovatif


Peredaran zaman termasuk Revolusi Industri ke-4 menuntut pemikiran dan reka bentuk semula pengajian tinggi terutamanya dalam cara kita mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran. Hakikatnya kita sedang berdepan dengan Generasi Z yang mempunyai keutamaan dan cara belajar yang berbeza. Justeru, semua institusi pengajian tinggi wajar melihat semula penawaran program masing-masing agar lebih relevan dengan cabaran-cabaran baru yang muncul dalam menyediakan graduan yang mampu berfungsi dalam dunia akan datang. Lebih penting, terdapat keperluan mendesak untuk memikir dan mereka bentuk semula pengajaran dan pembelajaran yang akan dapat menarik minat Gen-Z melalui pembelajaran kendiri yang aktif, imersif dan bermakna.

Bagi menyemarakkan dan berkongsi amalan terbaik pemikiran dan rekabentuk semula pendidikan Tinggi Malaysia, KPM mewujudkan Anugerah Khas YB Menteri Pendidikan Malaysia: Rekabentuk Kurikulum Dan Penyampaian Inovatif. Anugerah ini bertujuan untuk mengenal pasti, memberi pengiktirafan serta berkongsi amalan terbaik projek-projek serta inisiatif yang telah dilaksanakan samada di peringkat institusi atau individu dalam EMPAT kategori berikut:

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 20 Januari 2021, 13:28.