Siaran Secara Langsung Ucapan Bajet 2015 Melalui Portal Perbendaharaan Malaysia

Pembentangan Bajet 2015 oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kewangan akan diadakan seperti berikut:

                Tarikh : 10 Oktober 2014 (Jumaat)

                Masa : 4.00 petang

                Tempat : Parlimen Malaysia

 

Untuk makluman, selain dari stesen-stesen televisyen seperti RTM, ASTRO, TV ALHIJRAH dan BERNAMA membuat liputan siaran langsung, Pembentangan Bajet 2015 juga akan disiarkan secara langsung (webcasting) melalui Portal Bajet 2015. Siaran langsung ini boleh dilayari melalui Portal Perbendaharaan Malaysia di http://www.treasury.gov.my . Teks Ucapan Bajet 2015 dan Laporan Ekonomi 2014/2015 juga boleh dimuat turun dari Portal Perbendaharaan Malaysia sejurus selepas YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak selesai membentangkan Bajet 2015.

Selain dari itu Bajet 2015 juga boleh diakses melalui:

Pautan – http://www.treasury.gov.my

Pautan menerusi laman web agensi-agensi di bawah Kementerian Kewangan seperti berikut:

  1. Kastam Di Raja Malaysia – http://www.customs.gov.my
  2. Bank Negara Malaysia – http://www.bnm.gov.my
  3. Suruhanjaya Sekuriti – http://www.sc.com.my
  4. Lembaga Hasil Dalam Negeri – http://www.hasil.gov.my

 

PERBENDAHARAAN MALAYSIA

  


Diterbitkan oleh Unit Komunikasi Korporat

  • Hits: 7054

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 27 Mei 2023, 16:29.