direktori Direktori webmel Webmel

KETUA JABATAN

Nama : Puan Mazlina Binti Munawar

Pendidikan :

  •  2010 - 2012      Master in Education Bimbingan & Kaunseling, Universiti Putra Malaysia Serdang.
  •  2003                  Diploma Pengurusan Awam, Institut Tadbiran Awam Negara.
  •  1999                  Sijil Pengurusan Kaunseling, Universiti Teknologi Malaysia.
  •  1995 - 1997      Bachelor of Arts in Psychology, University of Michigan, Ann Arbor, USA.
  •  1990 - 1991      Maktab Rendah Sains MARA, Kuantan, Pahang.
  •  1987 - 1989      Sekolah Menengah Assunta, Petaling Jaya, Selangor.

 Pengalaman Perkhidmatan :

  • Sekarang  -  Setiausaha Bahagian, Bahagian Tajaan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • 2016        -  Timbalan Setiausaha Bahagian, Sektor Dasar, Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa, Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • 2013        -  Ketua Penolong Setiausaha Kanan, Unit Naik Pangkat Profesional, Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • 2012        -  Ketua Penolong Setiausaha, Unit HRMIS, Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • 2010        -  Melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana di Universiti Putra Malaysia.
  • 2008        -  Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Perjawatan, Sektor Ekonomi, Bahagian Pembangunan Organisasi, Jabatan Perkhidmatan Awam.
  • 2005        -  Penolong Pengarah, Cawangan Perjawatan, Sektor Pentadbiran, Bahagian Pembangunan Organisasi, Jabatan Perkhidmatan Awam.
  • 2002        -  Penolong Pengarah, Cawangan Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Perkhidmatan Awam.      

Anugerah :

  • 2005        -  Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

 

 

LATAR BELAKANG

  1. Sebelum tahun 1979, aktiviti berhubung dengan latihan dan beberapa program penghadiahan telah dikendalikan oleh pelbagai Bahagian seperti Bahagian Sekolah, Bahagian Pendidikan Guru, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional. Keadaan yang lebih bercorak “decentralized” ini telah menyebabkan keutamaan kepada keperluan Bahagian masing-masing telah dititikberatkan.
  2. Seksyen Biasiswa dan Taja pada masa itu diletakkan dibawah Bahagian Pendidikan Tinggi, mempunyai kuasa yang terhad kepada urusan beberapa program bantuan kewangan termasuk urusan penajaan pelajar-pelajar persendirian yang melanjutkan pelajaran ke luar Negara. Keadaan ini telah disemak semula dan mulai 1 Januari 1979 Bahagian Biasiswa telah diwujudkan bagi tujuan memusatkan semua rancangan biasiswa dan latihan dalam perkhidmatan yang sebelumnya ditadbir oleh pelbagai Bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia.
  3. Penyusunan semula struktur organisasi dan perjawatan Bahagian Biasiswa yang terakhir telah dilaksanakan pada tahun 1995. Namun demikian, pada tahun 2008, Bahagian Biasiswa telah ditukar nama kepada Bahagian Tajaan Pendidikan selaras dengan penstrukturan semula Kementerian Pelajaran Malaysia. Pertukaran nama ini juga adalah selaras dengan perpindahan Unit Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) ke Bahagian Kewangan daripada Bahagian Biasiswa.

VISI

Peneraju dalam bidang penajaan pendidikan untuk menjana kecemerlangan intelek dan profesionalisme warga pendidik.

 

MISI

Membangunkan warga pendidik yang kompeten untuk memenuhi keperluan strategik pendidikan negara melalui pemberian biasiswa dan pinjaman.

 

OBJEKTIF

  1. Memastikan dana tajaan diuruskan secara optimum bagi memenuhi keperluan latihan bakal PPP dan PPP
  2. Memastikan pengurusan tajaan kepada bakal PPP dan PPP dilaksanakan dengan cekap dan telus
  3. Memastikan pengurusan cuti belajar dan jawatan latihan PPP dilaksanakan dengan efisien
  4. Memastikan pengurusan kutipan balik pinjaman pelajaran dilaksanakan dengan berkesan dan menepati sasaran
  5. Memastikan penguatkuasaan perjanjian biasiswa dan cuti belajar dilaksanakan dengan cekap dan berkesan

 

FUNGSI

  1. Mengkaji dan merangka Dasar Penajaan dan Penguatkuasaan Perjanjian.
  2. Merancang dan mengurus penajaan/ cuti belajar kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Anggota Kumpulan Pelaksana dan pelajar pra perkhidmatan dalam dan luar negara.
  3. Menguatkuasa perjanjian pinjaman dan biasiswa/ cuti belajar.
  4. Mengurus tindakan penguatkuasaan kutipan bayaran balik pinjaman dan ganti rugi mungkir perjanjian biasiswa.
  5. Mengurus hal-hal berkaitan perkhidmatan Jawatan Latihan.

 

PIAGAM PELANGGAN

Kami warga Bahagian Tajaan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :

  1. Memastikan surat tawaran biasiswa atau pinjaman dikeluarkan kepada pelajar dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dalam tempoh 3 minggu selepas calon diperaku dan diluluskan oleh pihak yang melulus.
  2. Memastikan pembayaran kepada pelajar dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang mendapat tajaan di institusi pengajian dalam negara dibuat dalam tempoh 2 minggu selepas dokumen lengkap diterima.
  3. Memastikan surat kelulusan cuti belajar dikeluarkan kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dalam tempoh 3 minggu selepas permohonan lengkap diterima.
  4. Memastikan resit dikeluarkan dalam tempoh 3 hari bekerja bagi pembayaran balik pinjaman pelajaran atau gantirugi pecah kontrak oleh orang perseorangan.

 

STRUKTUR ORGANISASI

** Klik gambar untuk lihat lebih jelas.

 

HUBUNGI

Alamat Telefon Faks Emel (@moe.gov.my)
Bahagian Tajaan Pendidikan,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 1, Blok 2251,
Jalan Usahawan 1,
63000 Cyberjaya,
Selangor Darul Ehsan
03-8321 7100 03-8321 7101 bt.info

 

Submit to DeliciousSubmit to DiggSubmit to FacebookSubmit to Google PlusSubmit to StumbleuponSubmit to TechnoratiSubmit to TwitterSubmit to LinkedInRSS


Masa Capaian : 2.52 s.

Pilihan Warna: yellow green red
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan: