YAB PERDANA MENTERI HADIR KE MAJLIS PERASMIAN PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2026
29 Mei 2026 | Jumaat
YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim hadir merasmikan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).
Majlis turut dihadiri Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek dan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir.
Dalam ucapan perasmian, YAB Perdana Menteri menekankan kepentingan budaya membaca dalam memperkukuh ilmu pengetahuan serta membentuk masyarakat berilmu dan berdaya saing.
Beliau turut mengumumkan Program Baucar Buku MADANI diteruskan dengan pemberian baucar bernilai RM100 kepada pelajar sekolah menengah di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) dan mahasiswa di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di seluruh negara.
Tahun Ini, Tahun Kita
“Guru Bitara Nadi Negara”
Hits : 57