Selamat Datang ke PORTAL KPM

Urusan Pemangkuan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) sebagai Guru Besar Ex-PPPLD dari Gred DG41/42 ke Gred DG44 secara Khas Untuk Penyandang (KUP) bagi Tahun 2022

PEMAKLUMAN DI PAPARAN PENGUMUMAN PENTING DI LAMAN SESAWANG UTAMA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

URUSAN PEMANGKUAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) SEBAGAI GURU BESAR EX-PPPLD DARI GRED DG41/42 KE GRED DG44 SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP) BAGI TAHUN 2022

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.       Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan urusan pemangkuan Guru Besar Ex-PPPLD Gred DG41/42 ke Gred DG44 secara Khas Untuk Penyandang (KUP) bagi tahun 2022. Sehubungan itu, semua Ketua Jabatan adalah dimohon untuk mengenal pasti Guru Besar yang telah memenuhi syarat-syarat pemangkuan dan seterusnya memperakukan pegawai-pegawai tersebut untuk pertimbangan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran (LKPPP).

3.       Pegawai-pegawai yang layak dipertimbangkan dalam urusan pemangkuan hendaklah memenuhi syarat umum dan syarat khusus urusan pemangkuan seperti di bawah:

               3.1     Syarat-syarat Umum

                   3.1.1   Telah disahkan dalam perkhidmatan dan pelantikan di atas Gred DG41 atau telah dinaikkan pangkat ke Gred DG42;

                   3.1.2   Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan berdasarkan PBPPP tiga (3) tahun terakhir 2019, 2020 dan 2021;

                   3.1.3   Bebas daripada tindakan tatatertib;

                   3.1.4   Telah mengisytiharkan harta dalam tempoh 5 tahun terkini;

                   3.1.5   Lulus tapisan keutuhan SPRM;

                   3.1.6   Bebas daripada senarai Peminjam Tegar Institusi Pinjaman Pendidikan; dan

                   3.1.7   Diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.

               

               3.2     Syarat-syarat Khusus

                  3.2.1   Calon adalah dahulunya seorang PPPLD yang menyandang jawatan Guru Besar di Gred DG32/DG34/DG38 TERLEBIH DAHULU SEBELUM DILANTIK  sebagai PPP Gred DG41/42 serta terus menyandang jawatan Guru Besar di sekolah rendah di atas Gred DG41/42 (KUP);

DAN;

                 3.2.2   Calon hendaklah berada di atas jawatan Guru Besar sekurang-kurangnya tiga (3) tahun di Gred DG41/42 sebelum atau pada 31.12.2022 dan masih terus menyandang jawatan Guru Besar di sekolah rendah semasa urusan pemangkuan dilaksanakan.

4.       Untuk makluman, permohonan hendaklah dibuat melalui Sistem ePangkat. Permohonan yang dikemukakan ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) secara luar talian tidak akan dipertimbangkan. Panduan Permohonan adalah seperti di Lampiran A.

5.       Bagi Guru Besar yang telah diperakukan kenaikan pangkat ke Gred DG44 (KUP) secara Time-Based Ex-PPPLD pada Tahun 2022 dan sebelumnya adalah TIDAK DIBENARKAN memohon urusan pemangkuan Laluan Khas ini memandangkan tarikh kenaikan pangkat pegawai secara TBBK Ex-PPPLD adalah lebih awal. Oleh itu, Ketua Jabatan hendaklah memperakukan pegawai-pegawai ini untuk urusan kenaikan pangkat secara TBBK Ex-PPPLD tertakluk kepada iklan yang telah/ akan dibuka.

6.       Semua Ketua Jabatan diminta menyemak dengan teliti Buku Perkhidmatan Kerajaan (BPK) pegawai dan memastikan tiada maklumat yang tertinggal ataupun berlaku sebarang kesilapan fakta yang boleh menyebabkan berlaku kesilapan dalam urusan pemangkuan pegawai. Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab sekiranya berlaku kes-kes yang tertinggal, kelewatan dalam mengemukakan perakuan pegawai ataupun sebarang kesilapan maklumat. Selain itu, diingatkan juga kepada semua Ketua Jabatan bahawa semua maklumat perkhidmatan pegawai-pegawai yang layak hendaklah dikemas kini dalam ePangkat untuk memastikan kelancaran urusan pemangkuan ini dilaksanakan. Sesalinan Halaman Pertama [kenyataan Lantikan Tetap DG41/DG42 dan Pengesahan dalam perkhidmatan bagi DG41 oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)], Halaman Penting (kenyataan pelantikan sebagai Guru Besar Ex-PPPLD) dan Halaman Terkini (kenyataan perkhidmatan yang terkini) dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan PPP mesti dimuat naik ke dalam sistem ePangkat bagi tujuan semakan maklumat-maklumat yang telah dimasukkan.

7.       Semua Ketua Jabatan juga diminta untuk MEMAKLUMKAN kepada calon-calon mengenai perkara berikut:

          i.        urusan kenaikan pangkat Guru Besar Ex-PPPLD ke Gred DG44 TELAH MENGAMBIL KIRA PENGALAMAN PEGAWAI SEMASA DI PPPLD berdasarkan keputusan Mesyuarat Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran (LKPPP) Bil. 2 Tahun 2013 bertarikh 4 April 2013 yang telah bersetuju untuk menolak permohonan Guru Besar Ex-PPPLD untuk mengguna pakai pengalaman sebagai PPPLD dalam urusan kenaikan pangkat secara TBBK Ex-PPPLD ke Gred DG48;

         ii.        tarikh kuat kuasa pemangkuan bagi urusan ini adalah tertakluk kepada keputusan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran (LKPPP) dan BUKANNYA pada TARIKH GENAP 3 TAHUN PERKHIDMATAN PEGAWAI DI GRED DG41/42; dan

         iii.       Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam (LKPPA) Bil. 2 Tahun 2015 pada 17 Februari 2015 telah memutuskan bahawa penetapan tarikh kenaikan pangkat adalah MULAI SEHARI SELEPAS TEMPOH PEMANGKUAN SELAMA SATU (1) TAHUN bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Pengurusan Profesional.

8.       Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini bolehlah dirujuk dengan Unit Pengurusan Bakat di Bahagian/ Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing. Tarikh tutup iklan bagi peringkat calon adalah pada 31 Oktober 2022, peringkat PPD/JPN/Bahagian pada 21 November 2022 dan peringkat Pengarah JPN/Bahagian pada 12 Disember 2022 (Rujuk Lampiran B).

9.       Kerjasama YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan dalam hal ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Muat Turun Iklan  Disini

Hits : 3428