Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Urusan Pemangkuan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Ke Gred DG44, DG48, DG52, DG54 Dan Utama C Sebagai Pegawai Cemerlang Secara Khas Untuk Penyandang (KUP) Tahun 2022 Di Kementerian Pendidikan Malaysia

URUSAN PEMANGKUAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) KE GRED DG44, DG48, DG52, DG54 DAN UTAMA C SEBAGAI PEGAWAI CEMERLANG SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP) TAHUN 2022 DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

        2.  Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia akan melaksanakan urusan pemangkuan Pegawai Cemerlang ke Gred DG44, DG48, DG52, DG54 dan Utama C secara Khas Untuk Penyandang (KUP) bagi Tahun 2022. Urusan ini adalah terbuka kepada semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di Bahagian-bahagian KPM, Institusi-institusi KPM, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah yang terlibat dalam bidang pengurusan/ pentadbiran SAHAJA.

        3. Calon-calon yang layak dipertimbangkan dalam urusan pemangkuan ini HENDAKLAH memenuhi syarat umum dan syarat khusus seperti berikut:

             3.1     Syarat-Syarat Umum

  1. Telah disahkan dalam perkhidmatan;
  2. Wajaran Markah Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP)/ Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) sekurang-kurangnya 80% bagi tahun 2019, 2020 dan 2021;
  3. Bebas daripada tindakan tatatertib (Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2009);
  4. Telah mengemukakan pengisytiharan harta dalam tempoh 5 tahun (pada atau sebelum 23.12.2022);
  5. Lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM);
  6. Bebas daripada senarai peminjam tegar pinjaman pendidikan institusi/ tabung pendidikan; DAN
  7. Diperaku oleh Ketua Jabatan.

           3.2  Syarat-syarat Khusus

                   Pemangkuan ke Gred Utama C (KUP):

  1. Telah dinaikkan pangkat ke Gred DG54 (hakiki/KUP). Pegawai yang sedang memangku tidak layak memohon.
  2. Berada di jawatan hakiki Gred DG54 (berdasarkan waran perjawatan); DAN
  3. Telah berada pada gred semasa di jawatan hakiki Gred DG54 di Bahagian-Bahagian KPM/ Institusi-institusi KPM/ JPN/ PPD sebelum atau pada 01.07.2020

                  Pemangkuan ke Gred DG54 (KUP):

  1. Telah dinaikkan pangkat ke Gred DG52 (hakiki/KUP). Pegawai yang sedang memangku tidak layak memohon;
  2. Berada di jawatan hakiki Gred DG52 (berdasarkan waran perjawatan); DAN
  3. Telah berada pada gred semasa di jawatan hakiki Gred DG52 di Bahagian-Bahagian KPM/ Institusi-institusi KPM/ JPN/ PPD sebelum atau pada 01.07.2020

                  Pemangkuan ke Gred DG52 (KUP):

  1. Telah dinaikkan pangkat ke Gred DG48 (hakiki/KUP). Pegawai yang sedang memangku tidak layak memohon;
  2. Berada di jawatan hakiki Gred DG48 (berdasarkan waran perjawatan); DAN
  3. Telah berada pada gred semasa di jawatan hakiki Gred DG48 di Bahagian-Bahagian KPM/ Institusi-institusi KPM/ JPN/ PPD sebelum atau pada 01.07.2020.


                    Pemangkuan ke Gred DG48 (KUP):

  1. Telah dinaikkan pangkat ke Gred DG44 (hakiki/KUP). Pegawai yang sedang memangku tidak layak memohon;
  2. Berada di jawatan hakiki Gred DG44 (berdasarkan waran perjawatan); DAN
  3. Telah berada pada gred semasa di jawatan hakiki Gred DG44 di Bahagian-Bahagian KPM/ Institusi-institusi KPM/ JPN/ PPD sebelum atau pada 01.07.2020.
                 
                    Pemangkuan ke Gred DG44 (KUP):
  1. Telah disahkan pelantikan DG41 dan disahkan dalam perkhidmatan; ATAU
  2. Telah dinaikkan pangkat ke Gred DG42. Pegawai yang sedang memangku Gred DG42 adalah tidak layak memohon.
  3. Tempoh perkhidmatan di Gred DG41 tidak kurang empat (4) tahun pada 01.07.2022;
  4. Berada di jawatan hakiki Gred DG41/DG42 (berdasarkan waran perjawatan); DAN
  5. Telah berada pada gred semasa di jawatan hakiki Gred DG41 di Bahagian-Bahagian KPM/ Institusi-institusi KPM sebelum atau pada 01.07.2020.

4.       YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan hendaklah memastikan semua maklumat permohonan adalah lengkap, betul dan teratur. YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan juga diingatkan supaya mengemas kini maklumat perkhidmatan dalam Sistem ePangkat terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan tersebut. Sila pastikan maklumat perkhidmatan di dalam Sistem ePangkat adalah SAMA seperti yang tercatat dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan (BPK) dan Borang Permohonan calon. Kesilapan yang berlaku akibat kegagalan menyemak dan meneliti sebelum memperaku permohonan calon yang benar-benar layak akan dipertanggungjawabkan kepada Ketua Jabatan.

5.       Bersama-sama ini dikemukakan Siaran Permohonan Pemangkuan Pegawai Cemerlang Tahun 2022 untuk hebahan dan edaran kepada pegawai-pegawai di Bahagian-bahagian KPM, Institusi-institusi KPM, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah yang terlibat dalam bidang pengurusan/ pentadbiran

Sekian, terima kasih.

Hits : 6434