Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Urusan Kenaikan Pangkat Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Di KPM Ke Gred DG10 Hingga DG14

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

 

2. Dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengadakan urusan kenaikan pangkat secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) ke Gred DG10 hingga DG14 yang genap tempoh perkhidmatan melayakkan pada Januari hingga Jun Tahun 2026.

3. Urusan TBBK dilaksanakan berdasarkan PERMOHONAN OLEH CALON SENDIRI. Calon WAJIB log masuk ke Sistem ePangkat menggunakan ID calon sendiri dan menyemak semua maklumat yang telah dikemas kini oleh Ketua Jabatan masing-masing.


4. CALON HENDAKLAH MEMASTIKAN SEMUA MAKLUMAT TELAH DIKEMASKINI DENGAN BETUL DAN LENGKAP SEBELUM IKLAN DI BUKA.


5. SEBARANG PERCANGGAHAN MAKLUMAT PERKHIDMATAN HENDAKLAH DIMAKLUMKAN SEGERA KEPADA KETUA JABATAN
UNTUK DIKEMAS KINI. PENGEMASKINIAN TERSEBUT HENDAKLAH DIBUAT SEBELUM PERMOHONAN DIHANTAR DAN SEBELUM TARIKH TUTUP PERMOHONAN CALON.


6. Sekiranya calon telah menghantar permohonan kenaikan pangkat dan ada keperluan pembetulan/pengemaskinian maklumat kenaikan pangkat, calon perlu membatalkan permohonan asal dan memohon semula setelah MENGEMASKINI MAKLUMAT DALAM TEMPOH PERMOHONAN CALON


7. SEKIRANYA CALON TIDAK MEMOHON SEHINGGA TAMAT TEMPOH PERMOHONAN, CALON DIANGGAP MENOLAK PERMOHONAN KENAIKAN PANGKAT SECARA TBBK.

8. Sila rujuk Carta Alir Proses Kerja Urusan Kenaikan Pangkat PPP secara TBBK menggunakan Sistem ePangkat seperti di dalam surat siaran. Manual pengguna Sistem ePangkat juga boleh dicapai di dashboard ePangkat masing-masing.


CALON ADALAH BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA TERHADAP SEMAKAN MAKLUMAT DAN PERMOHONAN MASING- MASING.


Pautan : https://epangkat.moe.gov.my/login.php

 

Muat Turun Surat Siaran Iklan Fasa 1 2026

Hits : 4710