Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
YBhg. Datuk/ Dato'/ Datin/YBrs. Dr./ Tuan/ Puan,
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2. Dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pendidikan (KPM) akan melaksanakan urusan kenaikan pangkat secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Kali Pertama (TBK1) dan Kali Kedua (TBK2) bagi Pegawai Kumpulan Pelaksana Perkhidmatan Gunasama Persekutuan untuk jawatan Penolong Pegawai Tadbir, Setiausaha Pejabat dan Pembantu Setiausaha Pejabat yang berkhidmat di KPM yang genap tempoh perkhidmatan melayakkan pada Januari hingga Disember tahun 2026.
3. Sehubungan itu, dilampirkan bersama Urusan Kenaikan Pangkat Secara TBK1 Dan TBK2 Bagi Pegawai Kumpulan Pelaksana Perkhidmatan Gunasama Persekutuan.
Kerjasama dan perhatian tuan/puan berhubung perkara ini adalah dihargai.
Hits : 225