Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Gred DG44 Hingga Gred DG54 (Sistem Saraan Malaysia) / Gred DG10 Hingga DG14 (Sistem Saraan Perkhidmatan Awam) Di KPM

URUSAN KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH SECARA TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN GRED DG44 HINGGA GRED DG54 (SISTEM SARAAN MALAYSIA) / GRED DG10 HINGGA DG14 (SISTEM SARAAN PERKHIDMATAN AWAM) DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN:

 

- IKLAN CICIR BAGI YANG GENAP TEMPOH PERKHIDMATAN MELAYAKKAN TAHUN 2023 DAN 2024; DAN

- IKLAN PEMBETULAN BAGI YANG GENAP TEMPOH PERKHIDMATAN MELAYAKKAN TAHUN 2025

___________________________________________________________________

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

2. Dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pendidikan (KPM) akan melaksanakan IKLAN CICIR dan IKLAN PEMBETULAN urusan kenaikan pangkat secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) seperti keterangan berikut:

 

2.1 Iklan Cicir adalah bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) yang genap tempoh perkhidmatan tahun 2023 dan 2024. TIADA lagi Iklan Cicir yang akan dibuka selepas tahun 2025; dan

 

2.2 Iklan Pembetulan adalah bagi PPPS yang tidak lengkap permohonan tahun 2025 dan hanya dibuka SEKALI SAHAJA pada tahun semasa. Tiada pembetulan urusan 2025 yang akan dibuat pada tahun hadapan.

 

JADUAL 1: TARIKH PENTING URUSAN KENAIKAN PANGKAT TBBK CICIR DAN PEMBETULAN

BIL.

TARIKH

TEMPOH

KETERANGAN

1.

03 November 2025

(Isnin)

 

hingga

 

17 November 2025

(Isnin)

 

15 hari

·   TEMPOH PERMOHONAN CALON DIBUKA

·   TARIKH TUTUP PADA 17 NOVEMBER 2025 (SEBELUM JAM 11.59 MALAM)

 

PERINGATAN!

1)   CALON BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA untuk:

a) mengguna pakai Penilaian Kriteria Kecemerlangan (KC) pada tahun kelayakan;

 

b) menyemak dan mengesahkan maklumat/ dokumen perkhidmatan yang dimuat naik dan dikemas kini oleh Ketua Jabatan di Sistem ePangkat/ eOperasi/ HRMIS bagi permohonan masing-masingSEBARANG PERCANGGAHAN MAKLUMAT PERKHIDMATAN HENDAKLAH DIMAKLUMKAN SEGERA KEPADA KETUA JABATAN UNTUK DIKEMAS KINI SEBELUM TARIKH TUTUP PERMOHONAN CALON;

 

c) membuat SENDIRI  permohonan urusan kenaikan pangkat  sebelum tarikh tutup permohonan calon dengan menggunakan log masuk ID sendiri. SEKIRANYA TIDAK MEMOHON SEHINGGA TAMAT TEMPOH PERMOHONAN, CALON DIANGGAP MENOLAK PERMOHONAN KENAIKAN PANGKAT SECARA TBBK; dan

 

d) mencetak SENDIRI slip akuan penghantaran permohonan selepas berjaya memohon.

 

2) Sebarang pengemaskinian maklumat [termasuk Buku Perkhidmatan Kerajaan (BPK)] dan perakuan HENDAKLAH DIBUAT SEBELUM TARIKH TUTUP PERMOHONAN CALON

 

    3) Perincian lanjut tanggungjawab calon seperti LAMPIRAN B1

 

~PERKHIDMATAN ANDA, TANGGUNGJAWAB ANDA~

 

2.

18 November 2025

(Selasa)

 

hingga

 

01 Disember 2025

(Isnin)

 

14 hari

· TEMPOH PERAKUAN KETUA JABATAN (Pengetua/ Guru Besar/ Timbalan Pengarah JPN/  Bahagian atau Pengarah IAB Cawangan/ IPG Kampus/ Kolej Matrikulasi) KEPADA JPN/ BAHAGIAN

· TARIKH TUTUP PADA  01 Disember 2025 (SEBELUM JAM 11.59 MALAM)

 

PERINGATAN!

1)     Pengetua/ Guru Besar/ Timbalan Pengarah JPN/ Bahagian atau Pengarah IAB Cawangan/ IPG Kampus/ Kolej Matrikulasi adalah BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA untuk:

 

a) memastikan tiada penilaian KC  yang baharu dibuat untuk urusan ini dan hanya mengguna pakai penilaian KC mengikut tahun kelayakan;

 

b) MEMUAT NAIK DAN MENGEMAS KINI MAKLUMAT-MAKLUMAT SEMUA PPP di dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan (BPK), Sistem HRMIS, Sistem eOperasi dan Sistem ePangkat;

 

c) memastikan semua maklumat perkhidmatan dalam Sistem ePangkat SAMA seperti yang tercatat dalam BPK;

 

d) memastikan kesahihan, ketepatan dan keteraturan maklumat yang telah dimuat naik;

 

e)      memastikan SEMUA calon yang genap tempoh perkhidmatan melayakkan memohon urusan kenaikan pangkat;

 

f)  memastikan penggunaan PENGALAMAN PPPLD HANYA DIGUNAKAN SEKALI SAHAJA DALAM PERKHIDMATAN TANPA MENGIRA LALUAN KENAIKAN PANGKAT (TBBK Ex-PPPLD/ Guru Besar Ex-PPPLD/ Guru Cemerlang Ex-PPPLD) bagi PPP yang terlibat;

 

g)     memastikan pegawai yang tidak memohon sehingga tamat tempoh permohonan calon dimaklumkan tentang implikasinya kepada perkhidmatandan

 

h)     merekodkan penolakan tersebut seperti di LAMPIRAN F – Akuan Penolakan Memohon TBBK dalam BPK pegawai. 

 

2)  Sebarang pengemaskinian maklumat [termasuk BPK] dan perakuan HENDAKLAH DIBUAT SEBELUM TARIKH TUTUP PERMOHONAN CALON

 

3) Perincian lanjut tanggungjawab Ketua Jabatan seperti LAMPIRAN B2

3.

02 Disember 2025

(Selasa)

 

hingga

 

15 Disember 2025

(Isnin)

14 hari

·     TEMPOH PERAKUAN  PENYEMAK/ PENGESAH DI JPN/ BAHAGIAN/ IAB/ IPGM KEPADA BPSM, KPM

· TARIKH TUTUP PADA 15 Disember 2025 (SEBELUM JAM 11.59 MALAM)

 

PERINGATAN!

SEMUA PERAKUAN HENDAKLAH DIBUAT SEBELUM TARIKH TUTUP PERAKUAN PENYEMAK/PENGESAH

 

 

 

3. Urusan TBBK dilaksanakan berdasarkan PERMOHONAN OLEH CALON SENDIRI. Calon WAJIB log masuk ke Sistem ePangkat menggunakan ID calon sendiri dan menyemak semua maklumat yang telah dikemas kini oleh Ketua Jabatan masing-masing.

 

4. SEKIRANYA CALON TIDAK MEMOHON SEHINGGA TAMAT TEMPOH PERMOHONAN, CALON DIANGGAP MENOLAK PERMOHONAN KENAIKAN PANGKAT SECARA TBBK selaras dengan ketetapan Jawatankuasa Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan (JKPPP) Bilangan 2 Tahun 2025.

 

5. SEBARANG PERCANGGAHAN MAKLUMAT PERKHIDMATAN HENDAKLAH DIMAKLUMKAN SEGERA KEPADA KETUA JABATAN UNTUK DIKEMAS KINI. PENGEMASKINIAN TERSEBUT HENDAKLAH DIBUAT SEBELUM TARIKH TUTUP PERMOHONAN CALON.

 

6. Sila rujuk Carta Alir Proses Kerja Urusan Kenaikan Pangkat PPP secara TBBK menggunakan Sistem ePangkat seperti di dalam surat siaran. Manual pengguna Sistem ePangkat juga boleh dicapai di dashboard ePangkat masing-masing.

 

CALON ADALAH BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA TERHADAP SEMAKAN MAKLUMAT DAN PERMOHONAN MASING-MASING.

 

Muat Turun Lampiran

Hits : 5262