Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Urusan Cicir Kenaikan Pangkat Anggota Kumpulan Pelaksana Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Kali Pertama Dan Kali Kedua (TBK1 Dan TBK2) Bagi Tahun 2024, 2025 Dan 2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

 

YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan,

 

URUSAN CICIR KENAIKAN PANGKAT ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA SECARA TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN KALI PERTAMA DAN KALI KEDUA (TBK1 DAN TBK2) BAGI TAHUN 2024, 2025 DAN 2026

 

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

 

2.  Dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan akan melaksanakan urusan cicir kenaikan pangkat secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Kali Pertama dan Kali Kedua (TBK1 dan TBK2) bagi Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) bagi tahun 2024, 2025 dan 2026.

 

3.     Iklan bagi urusan ini akan DIBUKA MENERUSI SISTEM ePANGKAT mengikut tarikh-tarikh penting seperti dilampiran.

 

4.      Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ tuan/ puan dalam perkara ini amatlah dihargai.

 

Sekian, terima kasih.

 

Muat Turun Lampiran

Hits : 50