Selamat Datang ke PORTAL KPM

Unit Audit Dalam

 
home

Ketua Jabatan
> Encik Mohd Fisul bin Ismail

 

VISI

Menjadi pemacu kecemerlangan pengurusan kewangan dan meningkatkan akauntabiliti Kementerian Pendidikan Malaysia.

MISI

Melaksanakan pengauditan secara profesional dan mengemukakan Laporan/ Pemerhatian Audit yang objektif kepada Ketua Setiausaha ke arah meningkatkan akauntabiliti Kementerian Pendidikan Malaysia.

OBJEKTIF

Membantu sesebuah organisasi mencapai matlamatnya melalui pendekatan yang sistematik dan berdisiplin untuk menilai dan menentukan keberkesanan semua proses kawalan dan tadbir urus.

FUNGSI

Unit Audit Dalam berperanan dalam membantu Kementerian mencapai matlamatnya melalui pendekatan yang sistematik dan holistik untuk menilai dan menentukan keberkesanan semua proses kawalan dan tadbir urus organisasi. Berikut merupakan beberapa lagi fungsi utama Unit Audit Dalam:

  • Mengkaji kebolehpercayaan dan keberkesanan sistem kewangan serta kawalan dalaman organisasi.
  • Mengkaji tahap pematuhan kepada segala dasar, undang-undang, peraturan dan arahan yang berkuat kuasa.
  • Mengkaji aktiviti organisasi supaya diuruskan secara berhemat, cekap dan berkesan.
  • Mengkaji aset dan kepentingan organisasi supaya dilindungi dari segi kehilangan, penipuan dan penyelewenggan.
  • Memberi nasihat atau pandangan mengenai kawalan dalaman terhadap semua sistem termasuk sistem ICT.
  • Melaporkan kepada Ketua Setiausaha hasil-hasil pengauditan dan memastikan tindakan susulan diambil oleh pihak pengurusan terhadap perkara yang dibangkitkan.
  • Menyediakan Rancangan Tahunan dan Laporan Tahunan Audit untuk kelulusan Ketua Setiausaha Kementerian.
  • Membentangkan Laporan Audit di Mesyuarat Jawatankuasa Audit.

PIAGAM PELANGGAN

Kami anggota Unit Audit Dalam dengan penuh tekad dan iltizam berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk ;

  • Meningkatkan prestasi pengurusan kewangan di Bahagian / Jabatan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Menjalankan pengauditan secara profesional dengan berpandukan kepada standard pengauditan yang diterima umum.
  • Menyediakan Laporan / Pemerhatian Audit yang bebas dan objektif.
  • Menyiapkan Laporan / Pemerhatian Audit dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pengauditan.
  • Mengeluarkan Laporan Tahunan tiga (3) bulan selepas berakhir tahun kewangan.

CARTA ORGANISASI

Carta Organisasi UAD

 

HUBUNGI

Alamat Telefon Faks Emel (@moe.gov.my)
Unit Audit Dalam,
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
Aras 4, Blok E14, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya.
03-88845430 03-88845431 [emel]

Hits : 753