| Kepada | BSKK, KPM |
| Daripada | Saiful Ezane bin Mazlan, Selangor |
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada YBrs. Encik Ithnin bin Mahadi, Pengarah, Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian dan Puan Nurul Shahida binti Haji Ahmad, Penolong Pengarah, Unit Pembelajaran dan Pentaksiran, BSKK kerana telah sudi membantu urusan penambahan markah PAJSK anak saya. Bantuan yang telah diberikan dalam masa yang pantas telah menyelesaikan isu anak saya yang berbangkit. Puan Nurul Shahida binti Haji Ahmad telah banyak membantu dengan menunjukkan sikap kerja melebihi ekspektasi dalam usaha untuk menghubungi saya dan mendapatkan maklumat berkaitan. Saya bersyukur kerana urusan saya ini telah diuruskan oleh pegawai-pegawai ini dan telah selesai dengan jayanya.
Sekian, terima kasih.
Hits : 7