Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

The 11th Asean Plus Three Junior Science Odyssey 2026

Syabas Dan Tahniah Kepada Dua Pasukan Malaysia dalam The 11th ASEAN Plus Three Junior Science Odyssey (APTJSO) 2026 !🇲🇾✨
 

Syabas dan tahniah kepada dua pasukan Malaysia yang berjaya mengharumkan nama negara dalam The 11th ASEAN Plus Three Junior Science Odyssey (APTJSO) 2026 yang berlangsung di Clark Freeport Zone, Pampanga, Filipina pada 5 hingga 10 Julai 2026. Seramai enam murid sekolah menengah bersama dua guru pembimbing berjaya meraih pelbagai anugerah berprestij, termasuk Anugerah Keseluruhan Emas, Perak dan Gangsa serta beberapa Anugerah Kecemerlangan Khas. APTJSO merupakan program tahunan yang menghimpunkan murid berbakat berusia 13 hingga 15 tahun bagi mengembangkan pemikiran saintifik, kemahiran penyelesaian masalah, kolaborasi antarabangsa dan minat terhadap bidang STEM melalui pembelajaran berasaskan amali. Penyertaan dalam program ini bukan sahaja meningkatkan pengetahuan dan kemahiran saintifik murid, malah memperkukuh kemahiran komunikasi, kepimpinan, kerjasama rentas budaya serta mengangkat nama Malaysia di persada antarabangsa dalam bidang sains, teknologi dan inovasi.

Nama murid

Anugerah

Janelle Evelyn Jay

🥉Overall Award (Bronze)

Lucas Hein Thura Kyaw

🥉Overall Award (Bronze)

Sara Rania Eizzah binti Sharizul Razli

🥈Overall Award (Silver)

Muhammad Firas bin Md Farid Izmeer 

🥇Overall Award (Gold)

Nur Aleesya Dania Binti Mansur

🥈Overall Award (Silver)

🥇Kaisa excellence Award (Gold)

Eakaanth Chitdrakantan


 

🥇Overall Award (Gold)

🏅Katuklas Excellence: Outstanding Scientific Insight (Gold)

🏅Kaugnay Excellence: Excellence in Collaboration and Regional Spirit (Gold)

🏅Carbon Ledger: Best in Estimating Carbon Footprint (Gold)

Hits : 35