Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

TERIMA KASIH GURU—GURU DI SMK TUNKU SULONG

Daripada : NURUL ALYAA FARHANA BINTI MOHAMAD DESA

 

Buat guru-guru yang telah mengajar saya sewaktu saya di peringkat SPM, Terima kasih banyak-banyak, cikgu, atas segala pengorbanan, jasa dan penat lelah cikgu dalam mendidik saya. Cikgu sanggup mengadakan kelas tambahan sehingga lewat petang, malah sanggup mengorbankan masa untuk mengadakan kelas pada waktu malam semata-mata untuk memastikan kami benar-benar memahami setiap ilmu yang diajarkan. Terima kasih, cikgu. Saya sayang cikgu. ❤️ Saya sendiri tidak menyangka bahawa saya akan memperoleh keputusan SPM yang cemerlang. Alhamdulillah, Sekarang telah menyambung pengajian saya di IPG.. Terima kasih cikgu kerana turut melahirkan seorang murid yang turut menjadi bakal pendidik untuk anak muda akan datang..Insyaallah doakan saya cikgu-cikgu kesayangan saya.

Hits : 26