Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,
YBhg. Dato’ Seri/ Dato’/ Datuk
HEBAHAN TAWARAN BIASISWA OLEH REPUBLIK ARAB MESIR BAGI TAHUN 2025/2026
Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa tawaran biasiswa oleh Republik Arab Mesir bagi tahun pengajian 2025/2026 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang berminat untuk melanjutkan pelajaran. Penawaran biasiswa adalah seperti berikut:
Kementerian Pendidikan Tinggi Mesir
Tawaran dibuka untuk 10 biasiswa bagi Ijazah Sarjana Muda dan enam (6) biasiswa bagi Pengajian Bahasa Arab. Terma dan syarat boleh diakses melalui pautan di https://admission.study-in-
egypt.gov.eg/ Dokumen permohonan seharusnya dikemukakan kepada Kedutaan Republik Arab Mesir selewat-lewatnya pada 15 Ogos 2025 (Jumaat) melalui https://
admission.study-in-egypt.gov. eg/
3. Sebarang pertanyaan lanjut berhubung kedua-dua biasiswa ini boleh diajukan kepada Kedutaan Republik Arab Mesir melalui telefon: 03-42568184 / 03-42568745 atau emel: embassy.kualalumpur@mfa.
Sekian.
Hits : 2174