Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Syabas Pasukan Inovasi Negara

SYABAS PASUKAN INOVASI NEGARA !🇲🇾✨ 
Tahniah diucapkan kepada delegasi negara yang terdiri daripada 10 orang murid sekolah menengah menerusi enam projek inovasi yang berjaya mengharumkan nama Malaysia di Regeneron International Science and Engineering Fair (ISEF) 2026 yang berlangsung pada 9 hingga 15 Mei 2026 di Phoenix Convention Center, Arizona, Amerika Syarikat. Delegasi Malaysia diketuai oleh Dr. Azurawati binti Wok Zaki selaku Fair Director of Malaysia. 🚀


🏆 Pencapaian Membanggakan Malaysia :
🥇 Jayden Tan Jun Ren
🏫 SMJK Jit Sin, Pulau Pinang
🔹 No. 1 Special Awards – Embedded System Category


🏅 Lim Zhe Jin & Tan Yan He
🏫 SMJK Chung Ling, Pulau Pinang
🔹 No. 4 Grand Awards – Chemistry Category


🌍 Pertandingan bertaraf antarabangsa ini melibatkan :
👨‍🔬 1,727 peserta
💡 1,382 projek inovasi
🌐 Penyertaan dari 67 buah negara


Kejayaan ini membuktikan keupayaan dan kecemerlangan murid Malaysia dalam bidang STEM serta inovasi di peringkat antarabangsa. Semoga pencapaian ini terus menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk berani meneroka, berinovasi dan mencipta kecemerlangan demi masa depan negara.

Hits : 20