Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Syabas Dan Tahniah Kepada Pasukan Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan Tahun 2026

Syabas Dan Tahniah Kepada Pasukan Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan Tahun 2026!🇲🇾✨


Tahniah diucapkan kepada pasukan Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 yang berlangsung pada 29 Jun hingga 2 Julai 2026 di Ar-Riyadah Residence dan Payang Scout Hotel, Kuala Nerus, Terengganu. Penyertaan pertandingan ini melibatkan seramai 80 orang murid sekolah rendah dari 16 negeri. Pertandingan ini merupakan aktiviti tahunan bawah inisiatif Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) yang menyaksikan pasukan Bahasa Melayu sekolah rendah terbaik negeri bersaing pada peringkat kebangsaan.


🏆 Keputusan Perlawanan Peringkat Akhir:
🥇 Johan (Kerajaan) – Negeri Selangor

🥇 Naib Johan (Pembangkang) – Wilayah Persekutuan Labuan

🥇 Tempat Ketiga Bersama – Negeri Sembilan & Negeri Sabah

🥇 Tempat Kelima – Negeri Pulau Pinang


🏆 Pembahas Terbaik Peringkat Akhir:
🥇 Aiman Danish – Wilayah Persekutuan Labuan


🏆 10 Pembahas Terbaik Pusingan Awal:
🥇 Nur Alya Aqilah – Negeri Melaka

🥇 Muhammad Aliff Ainun – Negeri Kedah

🥇 Aiman Danish – Wilayah Persekutuan Labuan

🥇 Muhammad Thoriq – Negeri Pahang

🥇 Eisyariena – Negeri Sabah

🥇 Nur Dhia Athirah – Negeri Sembilan

🥇 Zara Alisha – Negeri Sarawak

🥇 Uswah Hasanah – Negeri Pulau Pinang

🥇 Muhammad Khabir – Negeri Selangor

🥇 Nur Qiesya Amanda – Negeri Terengganu

 

Semoga kejayaan ini terus menyemarakkan budaya berbahas dan melahirkan generasi yang berilmu, berfikiran kritis serta berdaya saing.

Hits : 77