
PSH ditadbir urus melalui 2 jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Nasional PSH yang dipengerusikan oleh YB Menteri Pendidikan (dahulunya YB Menteri Pendidikan Tinggi). Manakala Jawatankuasa Teknikal PSH yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia (dahulunya Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Tinggi). Manakala Bahagian Perancangan Dan Penyelarasan Dasar (BPPD), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) selaku Sekretariat PSH Peringkat Nasional dipertanggungjawabkan untuk menyelaras urusan PSH di peringkat nasional.
Peranan Jawatankuasa Nasional PSH
Menentukan hala tuju PSH peringkat nasional;
Membudayakan hala tuju sistem penyampaian PSH bagi melahirkan modal insan yang memenuhi keperluan pasaran;
Memutuskan strategi pengukuhan pembangunan PSH berdasarkan keperluan semasa dan jangka panjang;
Mewujudkan mekanisme yang dapat meningkatkan penyertaan lebih aktif dan berkesan dalam program PSH; dan
Memantau pelaksanaan pangkalan data PSH untuk mengesan keberkesanan dan membuat unjuran secara bersepadu dan lebih berkesan.
Peranan Jawatankuasa Teknikal PSH
Menjadi platform perundingan dan penyelarasan pembangunan PSH di antara pelbagai pihak berkepentingan (stakeholders) termasuk sektor swasta;
Mengkaji, menyemak dan membuat perakuan hala tuju sistem penyampaian PSH bagi melahirkan modal insan yang memenuhi keperluan pasaran;
Mengenal pasti strategi pengukuhan pembangunan PSH berdasarkan keperluan semasa dan jangka panjang;
Memperkukuhkan mekanisme yang dapat meningkatkan penyertaan lebih aktif dan berkesan dalam program PSH; dan
Membangunkan pangkalan data PSH untuk mengesan keberkesanan dan membuat unjuran secara bersepadu dan lebih berkesan.
Hits : 3387