4 OKTOBER 2026 | SK PULAT BAHARU PERKUKUH AKSES PENDIDIKAN MURID PEDALAMAN
Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, YBhg. Dato’ Wan Hashim bin Wan Rahim, hari ini menyempurnakan Majlis Serahan Rasmi Bangunan Gantian Penuh Sekolah Kebangsaan (SK) Pulat, Gua Musang.
Pemindahan sekolah secara kekal dilaksanakan susulan pembangunan Skim Hidroelektrik Nenggiri oleh TNB Genco. SK Pulat kini beroperasi di tapak baharu di Bukit Beringin yang lebih selesa dan dilengkapi kemudahan yang bersesuaian.
Sekolah baharu ini dilengkapi blok akademik dan pentadbiran, dewan makan, asrama, surau serta kuarters guru bagi menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif kepada murid Orang Asli di pedalaman.
Tahun Ini, Tahun Kita
“Guru Bitara Nadi Negara”
#sekolahku
Hits : 70