Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Setiap anak PERMATA Negara

PERMATA Negara adalah sebuah program pendidikan yang telah dibentuk khusus bersesuaian dengan keperluan pembangunan intelek dan fizikal kanak-kanak di bawah umur 4 tahun. Keperluan menyediakan program khusus bagi kanak-kanak ini adalah sangat penting kerana pelaburan yang dibuat untuk setiap kanak-kanak yang baru lahir pada hari ini akan memberikan pulangan yang amat besar di masa hadapan. Kajian menunjukkan bahawa kejayaan masa depan kanak-kanak bergantung kepada persediaan yang diterima sebelum mereka mencapai umur 4 tahun, lazimnya dikenali sebagai “tahun-tahun pembentukan’ dalam kehidupan seorang kanak-kanak adalah amat kritikal bagi perkembangan, prestasi dan kejayaan kanak-kanak itu sepanjang hayatnya. Sebenarnya potensi pembelajaran bermula lebih awal sebelum dilahirkan iaitu ketika di dalam kandungan lagi. Permulaan di peringkat awal di mana kanak-kanak lebih mudah dilentur dan dibentuk peribadi dan kebolehan inteleknya. Pada ketika ini pendidikan secara holistic dapat digabungjalin dan dikembangkan.

“Sesungguhnya pendidikan adalah asas sebenar yang boleh mengubah martabat bangsa, dari dahulu, sekarang dan masa akan datang. Pendidikan yang berkualiti yang dimulakan dari awal adalah merupakan pelaburan terpenting untuk sesebuah keluarga dan negara”

YAB Dato’ Seri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Pengerusi Majlis Penyelarasan Dasar PERMATA Negara

Hits : 884