Selamat Datang ke PORTAL KPM

Seminar Kebangsaan Profesionalisme Keguruan kali ke-3 2023

SKPK

Seminar Kebangsaan Profesionalisme Keguruan kali ketiga (SKPK-III) 2023 merupakan seminar dwi tahunan yang dianjurkan oleh Bahagian Profesionalisme Guru (BPG), bertemakan “Pendidik Berkualiti Membangun Generasi Madani”. Seminar ini berfokus kepada aspek Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) bagi membina watak insan bergelar pendidik supaya mempunyai jati diri, fokus dan upaya sebagai agen perubahan kepada masyarakat. Fokus ini sejajar dengan aspirasi yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang menekankan peningkatan kompetensi PPP agar kekal berkualiti sepanjang perkhidmatan.

Seminar pada tahun ini melibatkan penyertaan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di laluan kepimpinan serta laluan pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang melibatkan semua jenis sekolah yang ada di Malaysia. SKPK-III menyediakan platform pembentangan hasil kajian dan penyelidikan (terpilih) bagi menggalakkan PPP berfikir secara kreatif dan inovatif selaras dengan hasil penyelidikannya. Warga pendidik dapat bertukar pandangan serta membina jaringan kerja dengan rakan pendidik lain daripada pelbagai institusi pendidikan. Jaringan ini dapat dimanfaatkan sebagai satu komuniti pembelajaran yang boleh saling membantu bagi memastikan kemenjadian murid. Seminar boleh diikuti secara bersemuka atau secara dalam talian. Hubungi BPG ditalian 03-88841385/ 03-88841277/ 03-88841228 untuk maklumat lanjut.

Hits : 257