Penubuhan SSeM adalah sejajar dengan usaha KPM sebagaimana yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 yang menekankan:
1. Kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa
2. Pembangunan potensi murid secara menyeluruh (holistik)
3. Keseimbangan antara akademik, sahsiah dan bakat
Sekolah Seni Malaysia (SSeM) ditubuhkan untuk memberikan peluang dan ruang kepada anak-anak muda Malaysia untuk berkarya dalam bidang seni dan tidak hanya bergantung kepada kerjaya tertentu sahaja sebaliknya mereka boleh membentuk kerjaya dalam bidang seni.
Definisi Sekolah Seni Malaysia
SSeM merupakan institusi pendidikan formal satu sesi berasaskan konsep Sekolah Berasrama Penuh yang menyediakan kemudahan akademik dan kesenian secara bersepadu bagi menggilap bakat serta membangunkan potensi murid dalam bidang seni dan kebudayaan secara aktif, kreatif dan berstruktur.
Falsafah Sekolah Seni Malaysia
Pendidikan kesenian di SSeM adalah satu usaha berterusan untuk membangunkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu melalui pendekatan terancang dan sistematik, bagi melahirkan insan berilmu, berketerampilan, berakhlak mulia serta menghargai dan memartabatkan budaya bangsa beridentiti Malaysia.
Menjadi pusat kecemerlangan pendidikan kesenian dan kebudayaan bagi melahirkan insan budayawan bertaraf dunia.
1. Memupuk dan mengembangkan bakat kesenian murid secara sistematik dan berfokus.
2. Mengintegrasikan kecemerlangan akademik dan kesenian secara seimbang.
3. Menggalakkan penyertaan aktif murid dalam aktiviti seni di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
4. Memperkukuh jaringan kerjasama strategik dengan institusi pendidikan tinggi, industri kreatif serta penggiat seni profesional.
1. Melahirkan murid yang seimbang dalam pencapaian akademik dan kesenian.
2. Melahirkan murid yang berilmu dan berketerampilan dalam bidang kesenian.
3. Menjadi tapak semaian kecemerlangan pendidikan kesenian yang beridentiti di peringkat antarabangsa.
4. Melahirkan penggiat seni dan pengamal budaya yang bersahsiah tinggi.
5. Melahirkan individu yang berjiwa seni dan dapat memelihara budaya bangsa.
Empat (4) bidang utama:
● Muzik
● Seni Visual
● Tari
● Teater
Enam (6) bidang pengkhususan:
● Muzik
● Seni Halus
● Reka Bentuk
● Komunikasi Visual
● Tari
● Teater
1. Terbuka kepada murid sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan di seluruh negara.
2. Pengambilan adalah ke Tingkatan 1 sahaja.
3. Tiada pengambilan ke Tingkatan 2 hingga 5.
4. Permohonan dibuat secara dalam talian melalui sistem permohonan murid ke Sekolah Seni Malaysia yang sedang berkuat kuasa:https://essem.moe.gov.my
Calon mestilah:
1. Warganegara Malaysia.
2. Lulus Uji Bakat / Temu duga dan mempunyai bakat dan potensi tinggi dalam bidang seni yang dipohon.
3. Bersekolah di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan.
4. Berada dalam Tahun 6 pada tahun semasa permohonan.
5. Mempunyai pencapaian akademik, Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) yang baik dan konsisten.
6. Menguasai sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan 3 (TP3) bagi semua mata pelajaran dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) serta Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) yang baik dan konsisten.
7. Lulus dalam komponen Ujian Diagnostik sebagai kriteria sokongan bagi melihat kecerdasan murid.
8. Murid yang berjaya WAJIB tinggal di asrama dan tertakluk kepada Peraturan Asrama yang berkuat kuasa.
9. Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor berdaftar; sihat tubuh badan dan mental, serta bebas daripada penyakit kronik dan berjangkit yang boleh memudaratkan diri atau murid lain di asrama.
10. Mampu mengikuti program kesenian yang intensif dalam ekosistem sekolah berasrama penuh.
11. Bersetuju menerima Sekolah Seni Malaysia yang ditawarkan dan bidang yang ditetapkan.
12. Permohonan perlu melalui ibu bapa atau penjaga yang sah dari segi undang-undang.
13. Permohonan dianggap batal sekiranya didapati calon memalsukan sebarang dokumen atau maklumat semasa proses permohonan.
![]() |
Sekolah Seni Malaysia Johor (SSeMJ), Jalan Persiaran Sinaran Ilmu, Bandar Seri Alam, 81750, Masai, Johor Darul Takzim. Tel. : 07-3870215 Faks : 07-3860215 Emel : jea1091@moe.gov.my |
![]() |
Sekolah Seni Malaysia Sarawak (SSeMS), Lot 7794, Blok 9, Salak Land District, Jalan Sultan Tengah, 93050 Santubong, Kuching, Sarawak Tel : 082-510356 / 536185 Faks : 082-513917 Emel : ssemks@gmail.com |
![]() |
Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur (SSeMKL), Jalan Seladang Off Jalan Pasar, 55100, Kuala Lumpur, Emel : wea0258@moe.gov.my |
![]() |
Sekolah Seni Malaysia Perak (SSemP), Kampung Baharu, Simpang Jalong, 31100, Sg. Siput (U), Perak. Tel : 05-5951350 Faks : 05-5951351 Emel : AEA4087@moe.gov.my |
![]() |
Program Pendidikan Seni, SMK Elopura, Peti Surat 1091, 90712, Sandakan, Sabah. Tel : 089-532036 Faks : 089-533960 Emel : pentadbir@smkelopura.my |
Hits : 327937