Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

SEAMEO SEN Special Education Innovation Award (SEIA) 2022

Seameo

 

HEBAHAN MENGENAI SEAMEO SEN SPECIAL EDUCATION INNOVATION AWARD (SEIA) 2022

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.       Sukacita dimaklumkan bahawa Southeast Asian Ministers Of Education Organization Regional Center for Special Educational Needs (SEAMEO SEN) akan menganjurkan SEAMEO SEN Special Education Innovation Award (SEIA) 2022. Anugerah ini adalah untuk mengiktiraf kerja dan sumbangan pendidik dan pendokong dalam Inovasi Pendidikan Inklusif Orang Kurang Upaya di Asia Tenggara. SEAMEO SEN akan menganugerahkan seorang (1) penerima untuk Grand Award dan sebelas (11) penerima untuk Country Awards mewakili setiap negara anggota SEAMEO.

3.       Maklumat lanjut mengenai anugerah ini dan borang permohonan boleh dirujuk di lampiran  Appendix A dan  Appendix B. Sehubungan itu, calon-calon yang berminat boleh mengemukakan permohonan melalui  borang Appendix B sebelum atau pada 15 April 2022 (Jumaat) ke alamat emel seia2022@seameosen.edu.my. Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut, calon-calon yang berminat boleh menghubungi Mr Mohd Rino Mohd Johari, Program Associate SEAMEO SEN melalui alamat emel (mohd.rino@seameosen.edu.my).

Sekian, terima kasih.

Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa
Kementerian Pendidikan Malaysia

 

Hits : 3775