Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
YBhg. Datuk/Dato'/Datin/YBrs. Dr./Tuan/Puan
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa SEAMEO Regional Centre for Special Educational Needs (SEAMEO SEN) dengan kerjasama CANVA telah melancarkan SEAMEO SEN-Canva Creativity in Education Award 2026 yang telah mula menerima penyertaan bermula 30 Jun 2026 hingga 4 September 2026. Penyertaan terbuka kepada semua guru yang berkhidmat dalam kalangan negara anggota SEAMEO.
Untuk makluman tuan, program ini merupakan satu program anugerah guru yang bertujuan untuk mengiktiraf inisiatif dan idea kreatif guru-guru perdana dan guru pendidikan khas dalam mengintegrasikan elemen kreativiti dalam menyemarakkan pengajaran dan pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah.
Matlamat penganjuran anugerah ini adalah sebagai platform perkongsian amalan terbaik dan memartabatkan usaha cemerlang guru dalam memperkasakan pendidikan berkualiti. Pemenang anugerah akan diraikan di peringkat serantau.
Sebagai membantu guru memahami kaedah dan cara penyertaan, pihak SEAMEO SEN mengalu-alukan semua guru yang berminat untuk menghadiri sesi webinar dalam talian perkongsian dalam talian pada tarikh berikut:
Tarikh : 30 Julai 2026 – Webinar Bahasa Inggeris
Masa : 3:00 - 4:30 petang
Tarikh : 12 Ogos 2026 – Webinar Bahasa Melayu
Masa : 3:00 - 4:30 petang
Maklumat lanjut program anugerah dan webinar boleh diperolehi melalui pautan https://public.canva.site/seameo-canva-2026. Pemenang-pemenang anugerah berpeluang memenangi hadiah menarik yang ditawarkan seperti berikut:
i. Anugerah Pertama (First Prize) - USD 1,500
ii. Anugerah Kedua (Second Prize) - USD 1,000
iii. Anugerah Ketiga (Third Prize) - USD 500
iv. Pengiktirafan Khas (Special Recognition) untuk 14 orang guru - USD 200
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, pihak tuan boleh menghubungi pegawai kami iaitu En. Mohd Zulkarnain Abdul Wahab di talian 012-9700166 atau melalui emel zulkarnain@seameosen.edu.my.
Perhatian daripada tuan dalam perkara ini amat disanjungi dan dihargai.
Sekian.
Hits : 70