Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
YBhg. Datuk/Dato'/Datin/YBrs. Dr./Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Sukacita dimaklumkan bahawa SEAMEO Regional Centre for Special Educational Needs (SEAMEO SEN) dengan kerjasama CANVA telah melancarkan SEAMEO SEN - Canva Creativity in Education Award 2025 yang telah mula menerima penyertaan bermula 10 September 2025 hingga 18 Oktober 2025. Penyertaan terbuka kepada semua guru yang berkhidmat dalam kalangan negara anggota SEAMEO.
Untuk makluman YBhg. Datuk/Dato'/Datin/YBrs. Dr./Tuan/Puan, program ini merupakan satu program anugerah guru yang bertujuan untuk mengiktiraf inisiatif dan idea kreatif guru-guru perdana dan guru pendidikan khas dalam mengintegrasikan elemen kreativiti dan inklusiviti dalam pengajaran dan pembelajaran.
Matlamat penganjuran anugerah ini adalah sebagai platform perkongsian amalan terbaik dan mempromosi usaha cemerlang guru dalam memperkasakan pendidikan inklusif dan kreatif. Pemenang anugerah akan diraikan di peringkat serantau termasuk mengiktiraf kisah bilik darjah yang dikongsikan dalam mewujudkan pengalaman pembelajaran inklusif, kreatif dan berdaya saing masa depan.
Pemenang anugerah berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik yang ditawarkan seperti berikut:
i. Anugerah Pertama (First Prize) - USD 1,500
ii. Anugerah Kedua (Second Prize) - USD 1,000
iii. Anugerah Ketiga (Third Prize) - USD 500
iv. Pengiktirafan Khas (Special Recognition) untuk 10 orang guru daripada Sekolah Pendidikan Khas - USD 200 seorang
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, pihak YBhg. Datuk/Dato'/Datin/YBrs. Dr./Tuan/Puan, boleh menghubungi pegawai kami iaitu En. Mohd Zulkarnain Abdul Wahab di talian 012-9700166 atau melalui emel zulkarnain@seameosen.edu.my.
Perhatian daripada YBhg. Datuk/Dato'/Datin/YBrs. Dr./Tuan/Puan, dalam perkara ini amat disanjungi dan dihargai.
Sekian, terima kasih.
Hits : 1929