YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Dr./Tuan/Puan,
HEBAHAN MENGENAI SEAMEO SCIENCE OLYMPIAD (SEASO) PADA 19 HINGGA 23 MEI 2025 DI SEAMEO RECSAM, PENANG
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Untuk makluman, SEAMEO Regional Centre for Education in Science and Mathematics (SEAMEO RECSAM) akan menganjurkan SEAMEO SCIENCE OLYMPIAD (SEASO) pada 19 hingga 23 Mei 2025 di SEAMEO RECSAM, Pulau Pinang.
3. Program ini melibatkan kategori pelajar Sekolah Menengah dan Vokasional yang berumur 13 hingga 18 tahun dari rantau Asia Tenggara terutamanya negara Anggota SEAMEO. SEASO ialah platform unik bagi saintis masa depan dan ahli akademik sains di seluruh Asia Tenggara.
4. Sehubungan dengan itu, peserta yang berminat boleh mendaftar melalui pautan http://www.recsam.edu.my/SEASO2025/ atau melalui pautan QR seperti yang dilampirkan sebelum atau pada 28 Mac 2025. Sebarang pertanyaan, peserta yang berminat boleh menghubungi Encik Baharulnizam bin Baharum di talian +604-6522706 atau e-mel nizam@recsam.edu.my. Bersama-sama ini, dilampirkan sesalinan brosur mengenai SEASO ini untuk perhatian dan rujukan permohonan.
Sekian, terima kasih.
Muat Turun Lampiran
Hits : 4742