22 JUN 2026 | SAMBUTAN ULANG TAHUN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP) KE-70
YBhg. Dato’ Wan Hashim bin Wan Rahim, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan (KPM), hari ini menghadiri Majlis Perasmian Sambutan Ulang Tahun Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Ke-70 yang disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar di Kuching, Sarawak.
Bertemakan “Restu Jiwa Pahlawan”, sambutan ini menjadi simbol penghargaan terhadap perjuangan tujuh dekad DBP dalam memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa ilmu, bahasa perpaduan dan bahasa peradaban negara.
Selaras dengan Rancangan Pendidikan Malaysia 2026–2035 (RPM 2026–2035) dan agenda Reformasi Pendidikan, KPM terus komited memperkukuh kedudukan bahasa Melayu melalui pembangunan kurikulum, penghasilan bahan pendidikan berkualiti, pendigitalan pendidikan serta pembudayaan ilmu dalam kalangan generasi muda.
Sambutan ulang tahun ke-70 ini turut memperteguh komitmen dalam memelihara warisan bahasa dan kesusasteraan negara, di samping meneroka potensi teknologi baharu termasuk kecerdasan buatan (AI) bagi memastikan bahasa Melayu terus relevan, dinamik dan berdaya saing di peringkat global.
Tahun Ini, Tahun Kita
“Guru Bitara Nadi Negara”
Hits : 35