
Sambutan Bulan Integriti Nasional 2025 diangkat dengan tema “ Integriti Teras Kesejahteraan Negara ”.
Tema ini menegaskan bahawa integriti merupakan asas kepada kepercayaan, kesejahteraan dan kemakmuran negara dalam menjunjung enam (6) Nilai Teras Malaysia MADANI.
Integriti bukan sekadar nilai tetapi satu prinsip dan amalan hidup yang perlu dipupuk dalam diri setiap warga bermula daripada seorang pemimpin, penjawat awam sehinggalah ke seluruh lapisan masyarakat.
Marilah kita bersama-sama memupuk nilai integriti dan tatakelola yang baik dalam setiap tindakan selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI, demi membina Malaysia yang telus, berakauntabiliti dan sejahtera.
Hits : 4713