Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Anugerah Sam Ratulangi 2023 dengan Tema "Pemulihan Kehilangan Pembelajaran: (Kembali) Melibatkan Pelajar dalam Pembelajaran Matematik yang Menyenangkan dan Bermakna" oleh SEAMEO SEAQIM

YBhg. Datuk/ Dato‘/ Datin/ Tuan/ Puan,

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Serantau SEAMEO untuk QITEP dalam Matematik (SEAQiM) akan menganjurkan program dwitahunannya, iaitu the Sam Ratulangi Awards 2023 bearing the theme "Learning loss recovery: (Re)engaging students in joyful and meaningful mathematics learning".

2. Program ini bertujuan memberi peluang kepada guru matematik di Asia Tenggara untuk membangunkan inovasi pengajaran dalam pembelajaran matematik.

3. Dalam hal ini, bersama-sama ini dilampirkan Flyer Sam Ratulangi Awards untuk perhatian pihak YBhg. Datuk/ Dato‘/ Datin/ Tuan/ Puan. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila layari bit.ly/infosamratulangi23 atau hubungi Cik Miftahul (pihak penganjur) di talian +6281250465506.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa
Kementerian Pendidikan Malaysia
 

Hits : 2319