Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

RUU Pendidikan (Pindaan) 2026: Sesi Libat Urus Bersama Ahli Parlimen

24 NOVEMBER 2026 | RUU PENDIDIKAN (PINDAAN) 2026: SESI LIBAT URUS BERSAMA AHLI PARLIMEN

Menteri Pendidikan, YB Datuk Seri Fadhlina Sidek, bersama-sama pengurusan tertinggi Kementerian Pendidikan (KPM) menghadiri Sesi Libat Urus (SLU) Rang Undang-Undang (RUU) Pendidikan (Pindaan) 2026 bersama Kelab Penyokong Kerajaan Perpaduan (BBC) di Parlimen Malaysia, hari ini.

Sesi ini memberikan tumpuan kepada dua cadangan utama, iaitu Dasar Kemasukan Kohort 6 Tahun ke Tahun 1 di bawah KPM serta Dasar Tadbir Urus Politeknik dan Kolej Komuniti di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Selain pembentangan cadangan pindaan, sesi ini turut membuka ruang perbincangan dan soal jawab dengan Ahli-ahli Parlimen bagi mendapatkan pandangan serta maklum balas sebagai persediaan sebelum RUU berkenaan dibentangkan di Parlimen.

Tahun Ini, Tahun Kita

"Guru Bitara Nadi Negara"

 

#sekolahku

Hits : 68