Selamat Datang ke PORTAL KPM

RM1 Bilion Diperuntukkan Kerajaan Persekutuan Khusus Untuk Pembangunan Pendidikan Negeri Terengganu

RM1 Bilion Diperuntukkan Kerajaan Persekutuan Khusus Untuk Pembangunan Pendidikan Negeri Terengganu

 

09 Mac 2024 | Sabtu

 

Ketua Setiausaha Negara, YBhg Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki bin Ali telah mengadakan lawatan kerja di SMK Sultan Sulaiman dan seterusnya menyempurnakan Majlis Peluncuran Peneraju Transformasi Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu pada Sabtu.

 

Sejumlah lebih RM1 bilion telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan bagi 83 projek pembangunan RP4 di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) khusus untuk negeri Terengganu. Daripada 83 projek tersebut, 26 adalah projek baharu dan 57 projek sambungan.

 

SMK Sultan Sulaiman telah turut mendapat kelulusan projek penyelenggaraan sekolah bernilai RM18.75 juta yang dijangka akan bermula pada April tahun ini.

Ini membuktikan komitmen tinggi Kerajaan MADANI dalam memastikan akses pendidikan terbaik untuk semua murid dan tiada siapa yang terpinggir.

 

Turut hadir dalam majlis ini adalah Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, YBM Tengku Seri Bijaya Raja, Dato' Seri Tengku Farok Hussin bin Tengku Abdul Jalil, Timbalan Ketua Setiausaha Perancangan dan Pembangunan, YBrs Tuan Wan Hashim bin Wan Rahim dan Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, YBrs Tuan Haji Jelani bin Sulong.

 

#7TerasKPM

#MalaysiaMADANI

#KaramahInsaniah

Hits : 276