Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

- Program PERMATA Seni Tari

Program PERMATA Seni Tari yang ditubuhkan di bawah kelolaan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) mulai November 2010 telah dirangka untuk memberi peluang dan ruang kepada kanak-kanak yang berbakat dalam bidang tarian untuk memperkembangkan bakat mereka ke tahap yang lebih tinggi. Untuk tujuan ini, mereka telah diberi bimbingan dan didikan dalam tarian dan teknik tarian dalam berbagai genre tarian.

Objektif

  • Memberi ruang dan peluang kepada kanak-kanak yang bebrakat dalam bidang tarian untuk memperkembangkan bakat tarian ke peringkat yang lebin tinggi.
  • Memberi latihan dan didikan mengenai tarian dan teknik tarian yang tepat kepada peserta.
  • Melahirkan lebih ramai bakat-bakat muda dalam bidang tarian yang berkeupayaan membuat persembahan yang baik dalam pelbagai genre tarian di peringkat nasional dan antarabangsa.

Hits : 552