Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

- Program PERMATA Seni Muzik

Program PERMATA Seni Muzik yang ditubuhkan di bawah kelolaan Istana Budaya sejak 11 Januari 2010 merupakan satu program khas untuk memberi pendedahan mengenai persembahan bertaraf kebangsaan serta memperkenalkan jenis muzik bertaraf tinggi kepada para peserta. Di samping itu, para peserta akan juga diberi pendedahan kepada muzik berorkestra secara profesional. Program ini menjurus kepada kanak-kanak yang cemerlang dalam bidang permainan alat muzik.

Objektif

  • Memupuk minat remaja dan kanak-kanak untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang positif dan berfaedah.
  • Mengembangkan kepakaran sedia ada ahli muzik kanak-kanak dan remaja yang cemerlang dan terbaik di Malaysia supaya setaraf kepakaran ahli muzik kanak-kanak dan remaja bertaraf dunia yang lain.
  • Melatih dan memberikan pendedahan dari segi ilmu pengetahuan dan persembahan di peringkat antarabangsa.

Hits : 198