Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Program Pengantarabangsaan PERMATA Remaja

Program Pengantarabangsaan PERMATA Remaja

 

11 Dis 2025 | Khamis

 

Program Pengantarabangsaan PERMATA Remaja di bawah Bahagian PERMATA, Kementerian Pendidikan (KPM) telah berlangsung dari 27 November hingga 8 Disember 2025 di Seoul, Korea Selatan. Program ini melibatkan seramai 16 peserta, iaitu 11 orang daripada kelas vokal dan muzik serta 5 orang daripada kelas fotografi.

Sepanjang program, para peserta menerima pendedahan dan bimbingan daripada pensyarah universiti yang dilawati, termasuk Jeonghwa Arts College, Kyeung Hee University dan Sangji University. Kursus pendek tersebut diakhiri dengan persembahan silang budaya antara pelajar remaja Korea dan Malaysia yang diadakan di Seoul Youth Music Centre pada 4 Disember 2025. Selain itu, satu pameran fotografi yang mempamerkan 40 karya kreatif peserta PERMATA Remaja turut diadakan di Kaywon University of Arts and Design pada 6 Disember 2025. Program ini turut mendapat liputan akhbar tempatan.

Melalui penyertaan ini, para remaja berpeluang mempelajari budaya dan sejarah masyarakat Korea, di samping memperkukuh keyakinan diri, disiplin, semangat kerja berpasukan dan pelbagai nilai positif. Diharapkan program ini dapat membantu membentuk karakter remaja sebagai agen pengubah dalam komuniti mereka.

Hits : 40