Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Program Pendidikan Inklusif (PPI)

Konsep Program
Konsep Program Pendidikan Inklusif (PPI) adalah selaras dengan penyataan dalam Peraturan - peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013 seperti di bawah :

"Program Pendidikan Inklusif" ertinya suatu program pendidikan bagi murid berkeperluan pendidikan khas yang dihadiri oleh murid berkeperluan khas bersama-sama dengan murid lain dalam kelas yang sama di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan.

 

Matlamat

Meningkatkan penyertaan dan memberi peluang kepada MBK mengikuti program akademik dan bukan akademik bersama-sama murid di arus perdana. PPI juga memberi kesedaran kepada masyarakat supaya tidak menafikan potensi MBK dan percaya bahawa ketidakupayaan mereka boleh diminimakan jika diberi peluang yang sama.

 

Pendekatan Program

Inklusif Penuh - MBK belajar secara sepenuh masa bersama-sama murid arus perdana. MBK mengikuti pembelajaran bagi semua mata pelajaran akademik berasaskan kurikulum kebangsaan atau kurikulum kebangsaan yang diubahsuai dengan bantuan atau tanpa bantuan perkhidmatan sokongan.

Inklusif Separa - MBK belajar bersama-sama murid arus perdana bagi mata pelajaran akademik atau aktiviti koakademik atau aktiviti kokurikulum tertentu sahaja mengikut keupayaan mereka. MBK yang mengikuti inklusif separa bagi mata pelajaran akademik berasaskan kurikulum kebangsaan atau kurikulum kebangsaan yang diubahsuai dengan sedikit atau tanpa bantuan perkhidmatan sokongan. Inklusif separa bagi aktiviti koakademik atau kokurikulum adalah berdasarkan potensi, bakat dan keupayaan mereka.

Hits : 277